Utusan Borneo (Sarawak)

Dua diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud

-

SIBU: Terdesak meminjam wang sebanyak RM100,000 melalui laman sosial, seorang lelaki warga emas kerugian RM3,230 apabila diperdayak­an sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, 61, yang bekerja sebagai tukang tarik kereta, telah melayari laman Facebook dan berurusan dengan seorang lelaki bernama Looi Jin Xin dari PJ Advisory Service untuk meminjam wang pada 8 Julai lalu.

“Pengadu yang berminat memohon pinjaman sebanyak RM100,000 dikehendak­i membayar yuran pemprosesa­n pinjaman terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengadu kemudian membuat pelbagai bayaran sebanyak empat transaksi pemindahan berjumlah RM3,230 kepada empat pemilik akaun bank berlainan.

“Pengadu hanya sedar dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,000,” katanya.

Pengadu kemudian laporan polis selepas mengalami kerugian berjumlah RM3,230.

“Suspek berjaya memperdaya­kan pengadu untuk membuat bayaran bagi tujuan pinjaman wang yang tidak wujud,” katanya lagi.

Sementara itu dalam kes yang berlainan, seorang kerani wanita, 24, mengalami kerugian sebanyak RM10,162 selepas tindakan sama untuk meminjam wang secara dalam talian.

“Wanita tersebut telah melihat satu iklan pemberi iklan di Facebook dan berurusan dengan seorang lelaki,” katanya.

Katanya, permohonan pengadu telah diluluskan pada hari yang sama setelah pengadu memberi dokumen peribadi kepada suspek.

Namun pengadu dikehendak­i untuk membayar caj guaman, pembayaran pendahulua­n, duti stem dan caj perkhidmat­an.

Pengadu telah membuat beberapa pembayaran melalui 10 transaksi berjumlah RM10,162 mulai 7 hingga 12 Julai.

Bagaimana pengadu hanya tersedar dirinya telah ditipu apabila suspek berterusan meminta bayaran tambahan, lalu membuat laporan polis.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia