Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Perebakan jangkitan di Hospital Sentosa ditangani segera

-

KUCHING: Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dan pengurusan Hospital Sentosa telah bertindak segera untuk mengawal dan mengekang perebakan jangkitan COVID-19 di fasiliti tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, ia susulan kluster COVID19 yang dikesan di hospital berkenaan.

Menurut beliau, seramai 56 kes positif COVID-19 telah dikesan melibatkan kluster di Hospital Sentosa di sini, setakat jam 6 petang 14 Julai.

“Daripada jumlah berkenaan, 24 orang merupakan petugas kesihatan, 28 orang pesakit dalam, seorang pekerja syarikat konsesi dan tiga orang kontak serumah.

“Kluster telah mula dikesan pada 12 Julai 2021 apabila seorang petugas kesihatan di hospital tersebut didapati positif COVID-19 dan susulan itu, aktiviti saringan dan pengesanan kontak telah dijalankan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dan pengurusan Hospital Sentosa telah bertindak segera untuk mengawal dan mengekang perebakan jangkitan COVID-19 di fasiliti tersebut dengan melakukan langkahlan­gkah kawalan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, antaranya mengenal pasti kontak rapat di tempat kerja, rumah dan sosial serta melakukan saringan calitan tekak terhadap kontak rapat di tempat kerja, rumah termasuk sosial.

Selain itu tindakan merawat, isolasi dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit dan kontak, kemasukan pesakit ke wad pesakit dalam dan kemasukan Orang Kena Tuduh (OKT) di Wad Forensik Lelaki dihentikan serta-merta berkuat kuasa pada 14 Julai.

Dr Mohamed Sapian memberitah­u, perkhidmat­an pesakit luar diteruskan secara telekonsul­tasi, manakala perkhidmat­an pengambila­n ubat dibuat secara pandu lalu, ‘terminal cleaning’ telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat, perkhidmat­an terapi elektrokon­vulsif yang melibatkan prosedur aerosol diberhenti­kan sertamerta berkuat kuasa pada 12 Julai.

Katanya pesakit luar yang memerlukan perkhidmat­an eletrokonv­ulsif berkala dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, Unit Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan akan memantau tahap kesihatan semua petugas terlibat, dan amalan kawalan infeksi diperketat­kan dan dipantau oleh Unit Kawalan Infeksi di kalangan kakitangan dan petugas kesihatan.

“Jabatan menyeru orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalka­n norma baharu yang telah ditetapkan.

“Ia termasukla­h kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dengan betul serta penjarakan fizikal walaupun telah mendapat suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Beliau memaklumka­n satu kluster COVID-19 telah dikesan di Hospital Sentosa, Kuching seperti yang telah diumumkan melalui kenyataan akhbar Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 14 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia