Utusan Borneo (Sarawak)

Enam lagi kawasan diarah jalani PKPD

-

KUCHING: Enam lagi kawasan telah diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) termasuk di Kuching, Saratok, Sarikei dan Betong.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, di Kuching PKPD melibatkan Kampung Tabuan Melayu yang berkuat kuasa 16 hingga 29 Julai 2021.

“Sementara di Saratok PKPD melibatkan Rumah (Rh) Dennis, Sungai Kelampai berkuat kuasa 15 hingga 29 Julai dan Rh Jangan, Nanga Gong Ulu Senulau, Budu (15 hingga 29 Julai 2021).

“Manakala di Betong PKPD Rh Kelabit, Engkalat berkuat kuasa 15 hingga 29 Julai 2021,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sementara itu di Sarikei, dua kawasan diarahkan menjalani PKPD iaitu Rh Anggat, Sungai Garu, Sebangkoi (15 hingga 31 Julai 2021) dab Rh Alin, Sungai Seleku (14 hingga 30 Julai 2021).

Jawatankua­sa turut memaklumka­n telah memutuskan tujuh lagi kawasan telah ditamatkan PKPD.

Antaranya, PKPD di kuarters pekerja Shin Yang Shipyard, Lot 210 dan 211 di Miri yang ditamatkan pada 13 Julai.

Sementara enam lagi kawasan ditamatkan PKPD semuanya pada 15 Julai 2021.

Antaranya, Rh Engkang, Sungai Kerapa Selalang Sarikei; PKPD Kuaters Pekerja Air Marine Cargo di Bintulu serta PKPD Kampung Mongkos, Serian.

Turut ditamatkan PKPD melibatkan bilik Sewa (Atas Kedai Happy Café) Berjaya Commercial Centre di Bintulu; Rh Jonathan Philip Anak Bunyeh@Bunyih, Tatau; Country Forest Industries Sdn Bhd, Lot 121, Kuala Baram Town District Miri dan Suai 1, Estate, (Gelasah Division), Sarawak Oil Palms

Berhad, Subis Miri.

Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata polis Sarawak semalam mengeluark­an 16 kompaun dengan masing-masing empat kompaun di Bintulu dan Kapit.

Sementara masing-masing tiga kompaun di Kuching dan Padawan serta dua kompaun di Miri.

“Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun dikeluarka­n setakat ini sebanyak 9,316,” katanya.

Manakala JPBNS berkata bagi kompaun dikeluarka­n di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan sebanyak sembilan kompaun.

Daripada jumlah itu dibawah seliaan Majlis Perbandara­n Sibu sebanyak (5), Majlis Daerah Bau (2) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (2).

Dengan itu sehingga kini sebanyak 1,308 kompaun telah dikeluarka­n oleh kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia