Utusan Borneo (Sarawak)

PPP jaga kebajikan petani, nelayan yang terjejas PKP

-

SRI AMAN: Keprihatin­an kerajaan menjaga kebajikan petani dan nelayan diterjemah menerusi inisiatif Program Peladang Prihatin (PPP) yang bertujuan mengumpul dan membeli hasil petani melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) agar mengelak para petani kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MenteriMud­aKesejahte­raan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, inisiatif ini bukan sahaja berjaya menyelesai­kan masalah yang dihadapi para petani dan nelayan yang tidak mempunyai tempat untuk berniaga, malah memberi manfaat kepada pengguna di seluruh negeri serta melancarka­n bekalan rantaian makanan sepanjang tempoh PKP.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Program Peladang Prihatin Sarawak Peringkat Bahagian Sri Aman di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, inisiatif seperti ini sedikit sebanyak mengurangk­an kerugian kepada warga tani yang terjejas akibat tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka selepas kerajaan mengambil langkah drastik bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Katanya lagi, fokus utama program melibatkan golongan tidak berkemampu­an dan mereka bertugas sebagai barisan hadapan termasuk di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaik­an 90 bakul produk kepada petugas barisan hadapan di PPV Dewan Suarah Sri Aman.

Dalam pada itu, Pegawai Pertanian Bahagian Freddy Paul Giang berkata, PPP adalah kesinambun­gan kepada program di bawah komponen Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berkonsepk­an pembelian, mempromosi­kan hasil produk tempatan, mempergiat­kan pemasaran termasuk sumbangan penghargaa­n.

“Untuk Bahagian Sri Aman, kita telah mencadangk­an enam lokasi pelaksanaa­n program di mana program hari ini adalah lokasi kedua selepas PPV Dewan Johnical Rayong, Skim Skrang dan dengan pengisian utama bakul makanan berupa produk pertanian tempatan seperti nanas, pisang, sayur segar, buah-buahan, petai dan sebagainya yang secara tidak langsung menggalakk­an orang awam makan makanan segar, buah-buahan tempatan serta mempromosi­kan produk pertanian,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Asree Wee dan kakitangan pengurusan Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman serta Pertubuhan Peladang Kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia