Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan dua sekolah di Dudong hampir siap

Kerja-kerja di SK Kampung Banyok dan SK Tanjung Latap hampir 80 peratus siap, manfaatkan IBS

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah Sistem Bangunan Industri (IBS) di SK Kampung Banyok dan SK Tanjung Latap di kawasan Dudong akan siap beberapa bulan akan datang.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata, kerjakerja pembinaan bangunan IBS di SK Kampung Banyok dan SK Tanjung Latap hampir 80 peratus siap semasa kontraktor diarahkan untuk berhenti kerja oleh Menteri Pendidikan.

“Hari ini (semalam) ketika berkunjung ke kedua-dua sekolah tersebut saya dimaklumka­n bahawa bangunan IBS SK Tanjung Latap akan siap pada Ogos ini, manakala SK Kampung Banyok akan siap Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataann­ya, semalam.

Wong memberitah­u, SK Kampung Banyok mempunyai bangunan kayu yang menampung 62 murid dibina pada 1967.

Sekolah ini, jelasnya, mempunyai bilik darjah yang tidak mencukupi.

“Oleh itu murid-murid di Tahun 1 dan 3 berkongsi bilik darjah yang dibahagi dengan pembahagi kayu padat di tengah.

“Perpustaka­an sekolah juga digunakan sebagai bilik darjah.

“Dua belas guru dan kakitangan sekolah juga bersesak di satu bilik,” katanya lagi.

Bagi SK Tanjung Latap pula, jelasnya, semasa lawatan beliau pada November 2020 mendapati kesemua bangunan kayu di SK Tanjung Latap mengalami masalah serangan anai-anai.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), katanya, telah membina sebuah bangunan baharu dengan konsep IBS tetapi kontraktor tidak mengikut spesifikas­i dalam tender yang diberikan.

“Tender tersebut dibatalkan Menteri Pendidikan pada tahun 2018.

“Sekolah ini ingin berpindah ke bangunan IBS yang baharu tetapi gagal kerana KPM masih mencari kontraktor baharu untuk menyiapkan tender ini,” ujarnya lagi.

Pada Disember 2020, menurut Wong yang juga Timbalan

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), beliau telah mengunjung­i SK Kampung Banyok.

Pada November 2020, beliau juga mengunjung­i SK Tanjung Latap.

“Pada akhir Disember 2020, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan Sarawak Kameri Affandi mengunjung­i hampir kesemua sekolah kebangsaan di kawasan N52 Dudong termasuk SK Tanjung Latap dan SK Kampung Banyok.

“Sepanjang kunjungan saya itu, kedua-kedua guru besar sekolah tersebut meminta kerajaan mempercepa­tkan pelantikan kontraktor baharu untuk menyiapkan pembinaan bangunan sekolah IBS yang sangat diperlukan untuk mengatasi kekurangan bilik darjah dan pejabat kakitangan di kedua-dua sekolah rendah,” katanya lagi.

Wong diberitahu bahawa kerja-kerja tersebut sebenarnya telah dimulakan pada 2018 namun setelah kontrak ditamatkan pada Oktober 2020 kerana tidak mematuhi spesifikas­i tender, kerja-kerja pembinaan telah berhenti sepenuhnya.

“Dalam surat bertarikh 11 Disember 2020 dan 29 Disember 2020 yang dikirim kepada Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Pendidikan

Negeri Sarawak, saya menulis ‘Sekolah-sekolah telah meminta bantuan dari SUPP Cawangan Dudong untuk menulis surat kepada KPM untuk melantik kontraktor baharu bangunan IBS yang terdiri daripada bilik darjah dan makmal sains supaya dapat disiapkan dengan memuaskan dan cepat’,” ujarnya.

Wong juga mengatakan, terdapat empat sekolah lain di Dudong yang mempunyai projek pembinaan IBS iaitu SK Tanjung Latap, SK Sungai Salim dan SK Ulu Sungai Salim dan SK Kampung Banyok.

Dalam pada itu, Wong mengucapka­n jutaan terima kasihnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong serta timbalanny­a Dr Annuar Rapa’ee, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan Sarawak, Kameri Affandi atas komitmen yang diberikan.

Hari ini (semalam) ketika berkunjung ke kedua-dua sekolah tersebut saya dimaklumka­n bahawa bangunan IBS SK Tanjung Latap akan siap pada Ogos ini, manakala SK Kampung Banyok akan siap

Oktober ini.

Wong Ching Yong

 ??  ?? TURUN PADANG: Wong (tiga kiri) ketika meninjau SK Tanjung Latap.
TURUN PADANG: Wong (tiga kiri) ketika meninjau SK Tanjung Latap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia