Utusan Borneo (Sarawak)

Ziarah UKAS santuni 50 penerima kurang bernasib baik

-

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak mengambil pelbagai pendekatan dan inisiatif bagi membantu rakyat serta memastikan bantuan sampai ke golongan sasar ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19 yang telah menjejaska­n norma kehidupan seharian rakyat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, dalam pemilihan kumpulan sasar yang menerima bantuan kita mengambil pendekatan sama rata terhadap kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Sri Aman dekat sini, kelmarin.

“Ini adalah kaedah yang dipersetuj­ui pihak UKAS.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada UKAS di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak kerana telah mengambil inisiatif menyediaka­n bakul makanan untuk diagihkan,”ujarnya lanjut.

Golongan sasar adalah mereka yang kurang bernasib baik yakni Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan warga emas tanpa penjaga yang khusus.

Program Ziarah UKAS selama dua hari di kawasan DUN Simanggang bemula 13 Julai lalu dan berakhir semalam.

Terdapat 30 bakul makanan telah diagihkan pada hari pertama manakala pada hari kedua sejumlah 20 lagi diagihkan.

Kesemuanya membabitka­n 50 penerima yang terpilih berdasarka­n rekod dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian (JKMB) Sri Aman.

Turut sama dalam Ziarah UKAS berkenaan ialah Ketua Penyelaras UKAS Bahagian Sri Aman Zaidel Ripin, Pegawai Komunikasi Awam (UKAS) DUN Simanggang Juhara Jorni, Ketua Masyarakat (Kaum Iban) Kawasan Undop Penghulu Mingging Sigan, Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai, Kaunselor Denneil Saweng dan Kapitan Ling Siew Hung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia