Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga luah harapan besar untuk ekonomi beransur pulih

Fasa 2 PPN diharap beri manfaat, bantu peniaga kembali bangkit

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Penasihat eksekutif Persatuan Penjaja Pasar Pusat Sibu Yiing Chung Ming berharap perniagaan di Pasar Pusat Sibu dapat beransur-ansur bertambah baik ketika negara memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yiing ketika ditemui semalam berkata, perniagaan sejak pelaksanaa­n Perintah

Oleh itu, dengan lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka diharapkan ia memberi manfaat semula kepada

” peniaga.

Yiing Chung Ming

Penasihat eksekutif Persatuan Penjaja Pasar Pusat Sibu

Kawalan Pergerakan (PKP) terjejas teruk kerana kekurangan pelangan.

Justeru beliau berharap operasi perniagaan di Pasar Sentral dapat kembali seperti biasa walaupun mengambil masa.

“Semua golongan berasa tertekan, perniagaan turut terjejas, ada yang kehilangan pekerjaan, keadaan ekonomi bertambah buruk.

“Oleh itu, dengan lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka diharapkan ia memberi manfaat semula kepada peniaga.

“Perniagaan saya sendiri juga sangat teruk apabila merosot sekitar 70 peratus susulan pelaksanaa­n PKP,” katanya sambil menambah kebanyakan pelanggann­ya datang dari luar bandar.

Yiing berkata, beliau juga sama seperti penjaja lain yang perlu bekerja keras serta mencari jalan untuk merancakka­n semula aktiviti jualannya.

Menurut Yiing, beliau tidak kisah dengan syarat dan peraturan ditetapkan termasuk mengamalka­n penjarakan sosial antara pelanggan dan peniaga.

Ini kerana apa yang penting adalah dapat berniaga semula seperti biasa kerana jika tidak kebarangka­lian potensi peniaga kecil sepertinya untuk gulung tikar adalah amat besar.

Selain itu, Yiing juga berharap Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mempertimb­angkan untuk mengizinka­n semua penjaja yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 berniaga setiap hari.

“Ramai penjaja minta perkara ini dipertimba­ngkan oleh pihak MPS,” katanya.

 ??  ?? HARAPAN BESAR: Yiing ketika ditemui di gerainya di Pasar Sentral Sibu.
HARAPAN BESAR: Yiing ketika ditemui di gerainya di Pasar Sentral Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia