Utusan Borneo (Sarawak)

Program di Hospital Sibu vaksin lebih 1,000 penerima

-

SIBU: Program vaksinasi di Hospital Sibu anjuran Persatuan Komuniti Jalan Oya Sibu dengan kerjasama Hospital Sibu pada Sabtu lepas telah disertai lebih 1,000 penerima vaksin.

Senator Robert Lau berkata, kebanyakan penerima vaksin adalah dari kawasan Taman Permai.

“Kita merancang untuk meneruskan program pada Sabtu ini kerana masih ramai yang belum mendapat suntikan.

“Namun program ini tidak dapat diteruskan Sabtu ini atas sebab tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Lau, jumlah penerima vaksin terus bertambah di beberapa Pusat

Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan.

Empat PPV yang sedang beroperasi ialah PPV Stadium Tertutup Sibu, PPV Dewan Suarah, PPV Sekolah Menengah Katolik dan PPV Dewan Persatuan Foochow Sibu.

“Sebuah lagi PPV baharu di New Fu Yuan Church akan beroperasi Jumaat dan Sabtu ini,” katanya sambil menambah setiap PPV mempunyai keupayaan memberi 1,000 dos sehari.

Lau memberitah­u, jumlah penduduk Sibu yang telah divaksin juga telah bertambah.

“Pada hari seterusnya, jumlah ini akan terus meningkat memandangk­an Hospital Sibu terus memberi vaksinasi kepada orang ramai setiap hari.

“Jumlah ini dijangka meningkat kepada 1,000 penerima sehari apabila lebih banyak vaksin Pfizer akan diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, juga ada perancanga­n bagi mengesan mereka yang tercicir daripada menerima vaksinasi atas sebab-sebab tertentu.

“Salah satu kawasan bagi operasi mengesan mereka yang tercicir daripada program vaksinasi ialah Taman Permai.

“Bagi yang telah mendaftar dengan Persatuan Komuniti Jalan Oya Sibu tetapi belum menerima suntikan dinasihati agar mendaftar di PPV atau menggunaka­n MySejahter­a,” jelas Lau.

 ??  ?? SAMBUTAN BAIK: Lau (kiri) ketika meninjau program vaksinasi di Hospital Sibu, Sabtu lepas.
SAMBUTAN BAIK: Lau (kiri) ketika meninjau program vaksinasi di Hospital Sibu, Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia