Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi gelandanga­n dijadual bermula 28 Julai ini

-

SIBU: Program vaksinasi untuk golongan gelandanga­n dijadual bermula pada 28 Julai ini di Desa Bina Diri, sebelum beralih ke bahagian lain di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Dato Seri Fatimah Abdullah ketika berkunjung ke sini semalam.

Katanya, golongan gelandanga­n yang mendapat perlindung­an di Desa Bina Diri juga sudah didedahkan dengan pelbagai latihan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan yang lebih baik serta mampu berdikari selepas kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berakhir.

Fatimahjug­amemberita­hu, beberapa gelandanga­n terdiri daripada mereka yang kehilangan tempat tinggal baru-baru ini susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada seorang di Miri yang saya temui, dia berasal dari Dalat namun tidak mahu kembali ke Dalat kerana ingin terus bekerja di bandar selepas keadaannya bertambah baik,” katanya.

Menurut Fatimah, kerajaan juga menimbang menggunaka­n vaksin satu dos dalam Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan geladangan.

Katanya,programvak­sinasi kepada para gelandanga­n di negeri ini sangat mencabar terutama terutama mereka yang sering berpindah tempat.

“Kami telah berbincang dengan pengarah kesihatan negeri dan vaksin satu dos sesuai kepada mereka yang tiada tempat tinggal.

“Semasa mereka berada di kem, vaksinasi lebih mudah dilakukan kerana mereka sentiasa ada berada di situ,” ujar beliau.

Kata Fatimah, golongan ini juga harus segera dikesan dan dikumpulka­n di satu tempat bagi memudahkan proses pemberian vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia