Utusan Borneo (Sarawak)

Lampu isyarat digital akan dibina di simpang Jalan Getah

-

SARIKEI: Bagi memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan bandar Sarikei, satu lagi kemudahan lampu isyarat digital akan dibina di kawasan simpang empat Jalan Getah, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, pembinaan kemudahan itu dilihat mampu mengurangk­an masalah kesesakan pada waktu puncak dan kekerapan kemalangan.

“Projek pembinaan kemudahan lampu isyarat digital ini akan menelan kos sebanyak RM448,000.

“Tempoh pembinaan projek ini adalah selama empat bulan dan dijadualka­n akan bermula pada 19 Julai dan tarikh siap sepenuhnya adalah pada 15 November akan datang.

“Pembida yang berjaya mendapat projek ini adalah Syarikat Seri Teknik, iaitu kontraktor yang pakar dalam membina sistem lampu isyarat di Sarawak,” kata Huang.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n majlis penyerahan kontrak di antara Majlis Daerah Sarikei (MDS) dengan pihak Syarikat Seri Teknik di Bilik Mesyuarat MDS, kelmarin.

Peruntukan pembinaan projek ini adalah darpada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Projek Rakyat BP.1.

Permohonan bagi membina kemudahan ini telah dimohon Huang pada 9 Disember, 2020 dengan tujuan untuk menyelesai­kan masalah trafik di lokasi berkenaan.

Menurut Huang, hasil utama projek ini adalah untuk meningkatk­an keselamata­n jalan raya kepada pengguna jalan raya yang melalui lokasi tersebut.

“Perkara utama dalam projek ini adalah melibatkan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat digital dan kerja-kerja menaik taraf jalan raya sekitar termasuk lapisan jalan dan menambah baik jalan.

“Juga termasuk kerjakerja mengalihka­n lampulampu jalan yang mana pihak kontraktor akan berhubung terus dengan Sarawak Energy Berhad (SEB),” jelas Huang lagi.

 ??  ?? BERI SEMANGAT: Yusuf meluangkan masa bertemu dengan petugas barisan hadapan di PPV SK Mupong.
BERI SEMANGAT: Yusuf meluangkan masa bertemu dengan petugas barisan hadapan di PPV SK Mupong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia