Utusan Borneo (Sarawak)

TM Selangor santuni rakyat Sarawak di Semenanjun­g

Perluas skop bantuan apabila kerajaan laksana PKP pada 2020

- Oleh Patricia Gari

Lebih kurang 30 keluarga anak Sarawak telah dibantu tidak kira bangsa mahupun agama, jumlah sebenar lebih banyak kerana sebelum ini ia tidak

” direkod.

KUCHING: Prihatin dengan kepayahan hidup rakyat senegeri, sekumpulan anak Sarawak di Selangor menubuhkan Pertubuhan Amal Anak-Anak Sarawak di Perantauan atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua Selangor (TM Selangor).

Dianggotai anak-anak Sarawak yang bekerja serta menetap di Selangor, pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ditubuhkan pada Mac 2017, dengan objektif membantu rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia yang berdepan masalah ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebagainya.

Bendaharin­ya, Kindy Nyadang berkata TM Selangor juga bekerjasam­a dengan Rumah Sarawak di Kuala Lumpur membantu menguruska­n kes-kes kematian rakyat dan penghantar­an balik jenazah ke kampung halaman.

Bagaimanap­un ujarnya, TM Selangor telah memperluas­kan skop bantuan yang diberikan apabila kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, menyebabka­n ramai rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia khasnya di Selangor dan Kuala Lumpur terjejas sumber pendapatan.

Beliau memberitah­u sejak dari tahun 2017 hingga 2021, lebih 100 keluarga telah dibantu termasuk mereka yang datang ke Kuala Lumpur bagi mendapatka­n rawatan di IJN

Kindy Nyadang

dan HKL.

Mengenai dana, beliau berkata setiap ahli yang kini seramai 75 orang akan menyumbang wang untuk tabung pertubuhan setiap bulan untuk digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan.

“Ini memerlukan dana yang banyak. Maka tampil beberapa individu membantu dan menghulurk­an dana-dana.

“Antara individu yang membantu TM Selangor ialah seorang ahli perniagaan Datuk Seri Roland Aju bersama isteri Datin Seri Catherine Chapum,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Kindy berkata, TM Selangor mula menghulurk­an bantuan khususnya dalam bentuk makanan dan barangan kepada rakyat Sarawak di negeri itu serta beberapa negeri lain di Semenanjun­g Malaysia ketika PKP 2.0 dikuatkuas­akan.

“Lebih kurang 30 keluarga anak Sarawak telah dibantu tidak kira bangsa mahupun

Bendahari TM Selangor

agama, jumlah sebenar lebih banyak kerana sebelum ini ia tidak direkod.

“Ramai daripada mereka ini terputus keperluan harian iaitu barang dapur. Ramai tidak boleh turun bekerja kerana tempat kerja mereka ditutup ekoran pelaksanaa­n PKP.

“Ada juga yang tidak mampu membayar sewa rumah, kita bantu dari segi kewangan bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

Bagi memudahkan sumbangan barangan keperluan diberikan kepada rakyat Sarawak terjejas, TM Selangor kini memulakan inisiatif mewujudkan bank makanan.

“Kita berharap dapat membantu seramai mungkin anak-anak Sarawak di Semenanjun­g Malaysia ketika sukar ini. Jika ada saudara mara di Semenanjun­g Malaysia yang memerlukan bantuan, mereka boleh menghubung­i saya sendiri (013-3943675),” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Kindy (kiri) bersama ahli jawatankua­sa TM Selangor ketika membeli barangan keperluan harian untuk disumbangk­an kepada rakyat Sarawak yang terkesan di negeri itu akibat pelaksanaa­n PKP.
PRIHATIN: Kindy (kiri) bersama ahli jawatankua­sa TM Selangor ketika membeli barangan keperluan harian untuk disumbangk­an kepada rakyat Sarawak yang terkesan di negeri itu akibat pelaksanaa­n PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia