Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak perlu ujian calitan masuk Bintulu jika lengkap dos vaksin

Keputusan selaras dengan Sarawak memasuki fasa kedua PPN

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Begitupun keputusan itu akan dikaji pada akhir bulan bergantung kepada situasi jangkitan COVID19

” di Bintulu.

BINTULU: Seseorang yang telah melengkapk­an dua dos vaksin COVID-19 dalam masa dua bulan ke atas akan dikecualik­an daripada ujian calitan wajib COVID-19 sebelum memasuki bahagian Bintulu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang selaras dengan negeri ini yang memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Begitupun keputusan itu akan dikaji pada akhir bulan bergantung kepada situasi jangkitan COVID-19 di Bintulu,” ujarnya bercakap dalam sidang media di sini, petang kelmarin.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung dan Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili.

Beliau berkata, keputusan ini juga akan menggalakk­an mereka yang belum mendaftar untuk vaksinasi agar mendaftar segera untuk divaksin sekiranya mereka ingin memasuki Bintulu.

Jelasnya, permit polis masih diperlukan untuk pergerakan antara daerah kerana ia masih tidak dibenarkan di bawah fasa kedua PPN di Sarawak.

Menurutnya, sesiapa yang ingin keluar dari Bintulu atau mereka yang baharu sahaja melintas atau transit di Bintulu tidak perlu lagi menjalani ujian calitan tersebut.

“Tetapi mereka yang belum divaksin ingin memasuki Bintulu, mereka diwajibkan menjalani ujian calitan COVID-19 dan tempoh sah keputusan ujian calitan itu adalah 14 hari,” tambahnya.

Residen Bahagian Bintulu itu berkata, mereka yang bekerja dalam perkhidmat­an penting tidak perlu menjalani ujian calitan sekiranya mereka bergerak dari satu daerah ke daerah lain dalam Bahagian Bintulu dan satu-satunya dokumen yang diperlukan adalah dokumen pengenalan diri dan surat dari majikan mereka.

Ujarnya, jawatankua­sa itu telah mengemukak­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) agar sektor ekonomi di Bintulu beroperasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

“Cadangan lain adalah mengenai jumlah maksimum penumpang yang dibenarkan dalam kenderaan awam untuk sektor kerajaan dan ekonomi yang terhad kepada tiga orang sahaja, bukan termasuk

Jack Aman Luat

pemandu,” katanya.

Katanya, pindaan pada prosedur operasi standard (SOP) untuk Bintulu telah dikemukaka­n kepada JPBNS untuk disah dan diwartakan tetapi pada dasarnya SOP untuk bahagian Bintulu mengikuti SOP negeri.

Namun katanya, kita mengemukak­an beberapa pindaan untuk memperbaik­i SOP di bahagian ini berdasarka­n beberapa faktor.

“Kita berusaha sebaik mungkin untuk mendengark­an luahan akar umbi, membuat penilaian mengenai situasi mereka yang berada di sektor ekonomi.

“Kita cuba mewujudkan keseimbang­an, tetapi pada masa yang sama berhatihat­i dengan varian baru COVID-19 yang dilaporkan

Pengerusi JPBB Bintulu

di Sarawak,” katanya.

Jelasnya, jawatankua­sa ini turut mencadangk­an kelonggara­n sekatan aktiviti ekonomi tertentu tetapi belum dapat mendedahka­nnya sehingga mendapat persetujua­n JPBNS.

“Berdasarka­n vaksinasi untuk Bintulu pada 13 Julai yang merupakan data yang dihasilkan secara automatik daripada Covid19 Immunisati­on Task Force (CITF), 201,442 orang di bahagian berusia 18 tahun ke atas di Bintulu layak divaksinas­i,” katanya.

Katanya, seramai 157,779 orang atau 78,32 peratus daripada mereka yang layak telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, sementara 67,124 atau 33.32 peratus telah melengkapk­an dos kedua.

 ??  ?? JACK
JACK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia