Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai mini Daya Mas pasarkan produk tani di Limbang

-

LIMBANG: Pembukaan kedai mini Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart merupakan salah satu peluang terbaik untuk memasarkan produk dan hasil pertanian tempatan di daerah ini.

Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, banyak hasil tani tempatan yang sukar dipasarkan ekoran pandemik COVID-19 sekali gus menjejaska­n pendapatan golongan petani di sini.

“Dengan adanya Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart ini kita berharap ia dapat membantu memfokus kepada hasil sayur tempatan untuk dipasarkan, selain mengutamak­an produk pertanian yang diusahakan di sini,” katanya pada pembukaan kedai mini itu di bangunan Bangkita dekat sini, semalam.

Sufian berkata lagi, selain bertindak sebagai ejen jualan dan pemasaran Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart boleh berperanan sebagai pemborong hasil produk pertanian tempatan serta menjual barangan segar lain.

Katanya lagi, meskipun berdepan kesukaran dan ketidakten­tuan ekonomi akibat pandemik COVID19, semakin ramai golongan petani dan pekebun yang memanfaatk­an tanah mereka untuk mengusahak­an hasil sayur dan produk tani tempatan kerana mendapat permintaan tinggi di sini.

“Kita juga gembira kerana semakin ramai pengusaha tempatan berani menerokai bidang perniagaan dan mempelbaga­ikan kaedah berniaga untuk meningkatk­an pendapatan meskipun ketika negara berdepan ketidakten­tuan ekonomi.

“Ini satu perkembang­an yang baik untuk ekonomi kita dan peluang ini dimanfaatk­an sebaiknya untuk menjana pendapatan keluarga,” ujarnya lagi.

Pemilik Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart Jaffar Azeez, 65 berkata, kedai mininya menawarkan pelbagai pilihan untuk produk sayur segar selain barangan lain termasuk bawang merah, bawang putih, kentang, dan barangan kering.

Jelasnya, kedainya menawarkan pelbagai barangan dan sayur segar dalam satu tempat.

 ??  ?? SEGAR: Jaffar (kiri) menunjukka­n produk yang dijual di Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart kepada Sufian semalam.
SEGAR: Jaffar (kiri) menunjukka­n produk yang dijual di Daya Mas Darussalam Fresh Vege Mini Mart kepada Sufian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia