Utusan Borneo (Sarawak)

MACMA cawangan Bintulu santuni 30 keluarga

-

BINTULU: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) cawangan Bintulu barubaru ini memberi bantuan sumbangan kepada 30 keluarga membabitka­n golongan orang kelainan upaya (OKU), keluarga daif dan ibu tunggal di sini dan beberapa bahagian lainnya.

Pengerusin­ya Norhayati Abdullah Lau berkata, disebabkan sekatan pergerakan akibat pandemik maka penduduk yang memerlukan tidak dapat keluar rumah baru-baru ini.

Justeru katanya, bantuan kepada 20 keluarga penerima bantuan dilakukan dengan kaedah pengiriman wang di mana penerima mendapat RM100 untuk membeli barang keperluan harian.

“Seramai 10 keluarga penerima lagi tidak dapat menyediaka­n akaun bank mereka, maka bantuan barang keperluan tersebut dihantar terus kepada mereka dengan harapan dapat membantu dan mengurangk­an bebanan yang ditanggung keluarga tersebut,” katanya semalam.

Beliau berkata, dana untuk program ini diterima daripada organisasi persendiri­an diserahkan kepada ibu tunggal, OKU dan keluarga daif di Bintulu, Sibu dan Samalaju.

Selain itu, MACMA cawangan Bintulu juga menyumbang peralatan perubatan berupa 15 alat pengukur tekanan darah dan 10 termometer kepada Hospital Bintulu untuk rawatan perubatan setiap hari di hospital itu.

Norhayati berkata, penyerahan­bantuanper­alatan perubatan untuk hospital itu adalah aktiviti kerap kali dijalankan oleh persatuan mereka.

“Tahun lepas persatuan kita juga menyumbang bekalan perubatan kepada pihak hospital bagi menyokong dan membantu petugas barisan hadapan kesihatan dan atas rasa prihatin terhadap keselamata­n kakitangan perubatan barisan hadapan di hospital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia