Utusan Borneo (Sarawak)

50 pemohon RSP Lundu, Sematan terima surat tawaran

Ia adalah projek yang telah diumumkan Ketua Menteri pada 15 Februari 2017 semasa Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu

- Oleh Jessica Jawing

Projek ini telah siap dalam masa empat tahun di mana RSP Lundu siap pada Ogos 2020 dan RSP Sematan siap pada

” Oktober 2020.

LUNDU: Seramai 50 pemohon Rumah Spektra Permata (RSP) Lundu dan Sematan menerima surat tawaran mereka di sini, kelmarin.

Penyerahan surat tawaran berkenaan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu di Bilik Mesyuarat Dewan Mahligai Gading, Lundu.

Majlis penyerahan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Asman Ahmad dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian

Kuching Alfian Bawi secara hibrid.

Jamilah berkata, RSP Lundu dan Sematan berkenaan adalah projek yang telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 15 Februari 2017 semasa Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu.

“Projek ini telah siap dalam masa empat tahun di mana RSP Lundu siap pada Ogos 2020 dan RSP Sematan siap pada Oktober 2020.

“Ia adalah Program Perumahan Kerajaan Negeri Sarawak khas untuk golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan golongan berpendapa­tan

ADUN Tanjong Datu

pertengaha­n (M40) di bawah Kontraktor Hav-Innovative

Technology Sdn Bhd,” katanya.

Tambah beliau, jenis rumah adalah jenis rumah bertiang dan siap dengan semua fasiliti termasuk air dan elektrik.

Sementara itu, majlis penyerahan surat tawaran berkenaan dibahagika­n kepada dua, iaitu pada sebelah pagi untuk 25 penerima surat tawaran RSP Lundu, sementara sebelah petang untuk penerima surat tawaran RSP Sematan.

Majlis turut dihadiri Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

RSP adalah program perumahan di bawah kerajaan negeri menerusi HDC dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah.

RSP Lundu terletak 1.5km dari Pekan Lundu dan dibina di bawah Skim Pembesaran Kampung Lundu, manakala RSP Sematan terletak dua kilometer dari Pekan Sematan dan dibina di bawah Skim Pembesaran Kampung Sematan.

Kedua-dua jenis rumah mempunyai keluasan lantai 820 kaki persegi, manakala anggaran keluasan tanah ialah 500 meter persegi.

Datuk Amar Jamilah Anu

 ??  ?? SERAH TAWARAN: Jamilah (dua kiri) menyerahka­n surat tawaran kepada pemohon Rumah Spektra Permata, kelmarin.
SERAH TAWARAN: Jamilah (dua kiri) menyerahka­n surat tawaran kepada pemohon Rumah Spektra Permata, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia