Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri digesa telus bagaimana varian Delta masuk Sarawak: DAP Serian

-

KUCHING: Kerajaan negeri perlu bersikap telus mengenai isu-isu dari mana dan jenis varian COVID-19 memasuki negeri ini.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Serian Brolin Nicholsion berkata, ini terutama sekali kini varian Delta telah direkodkan di negeri ini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan bersikap telus dalam hal ini, mereka harus meminta para pakar untuk berunding tentang bagaimana mendapatka­n SOP yang lebih baik dan persekitar­an yang selamat untuk rakyat.

“Sarawak telah mengesan 16 kes varian Delta di Kuching setakat 13 Julai yang mana merupakan varian berbahaya selepas Lambda, iaitu varian yang didapati dari Peru.

“Ia menjadi pertanyaan kepada rakyat Sarawak bagaimana varian Delta sampai ke Sarawak jika semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dengan baik.

“Adakah terdapat beberapa kelompanga­n yang kerajaan terlepas pandang sehingga pembawa varian menjangkit­i orang lain di Sarawak?” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Brolin berkata, kerajaan negeri digesa menggunaka­n kuasa autonomi sebagai Wilayah untuk memperketa­tkan lagi SOP yang lebih baik bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 khasnya varian Delta.

Tambah beliau, sudah tiba masanya Sarawak melakukan saringan besar-besaran bagi mengesan pembawa lebih awal agar tidak mengjangki­ti orang lain.

“Lakukan proses vaksinasi dengan cepat menggunaka­n pendekatan suntikan terlebih dahulu dan daftarkan selepas proses untuk mencapai imuniti kelompok di kalangan rakyat Sarawak.

“Seperti sekarang tidak ada masalah bagi Sarawak untuk memvaksina­si rakyatnya kerana kebanyakan orang tahu tentang betapa pentingnya diberi vaksin,” katanya.

Brolin berkata, Sarawak perlu belajar dari negara lain seperti Vietnam, New Zealand dan Thailand untuk memberi vaksin kepada pekerja dari kilang supaya mereka dapat menjaga ekonomi dan mengelakka­n SOP ‘separuh masak’.

“Saya berharap kerajaan mengetahui tentang ini dan bersedia mendengar pelbagai cadangan dengan mengetepik­an perbezaan politi tetapi bersama-sama untuk melindungi rakyat Sarawak dan ekonominya,” katanya.

 ??  ?? BROLIN
BROLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia