Utusan Borneo (Sarawak)

867 bakul makanan diagih kepada kumpulan sasar

-

MIRI: Pasukan Petugas Kebajikan (PPK) telah menyelesai­kan sebanyak 867 permohonan bantuan bakul makanan di bahagian ini sejak ditubuhkan di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri pada 4 Julai lalu.

JPBB Miri dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, PPK merupakan 15 rakan strategik JKM yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia adalah inisiatif JPBB Miri dalam usaha menyelesai­kan aduan dan rujukan permohonan bantuan bakul makanan selain penyelesai­an kepada ‘kempen bendera putih’.

“Menurut rekod Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri, sebanyak 1,212 permohonan bantuan bakul makanan telah diterima untuk tempoh 4 Julai sehingga 14 Julai lalu.

“Sebanyak 867 permohonan telah diselesaik­an iaitu 490 permohonan di daerah Miri, lima di daerah Bekenu, dan 372 di daerah lain-lain dalam Bahagian Miri yang tidak dinyatakan oleh NGO,” menurut kenyataan itu semalam.

Tambah JPBB Miri, permohonan selebihnya iaitu sebanyak 345 permohonan yang diterima pada 13 Julai masih dalam proses mendapatka­n NGO untuk menghantar bantuan bakul makanan kepada pemohon.

“PPK yang ditubuhkan ini telah menyelesai­kan hampir kesemua isu ‘bendera puith’ yang dikesan di bahagian Miri.

“Berdasarka­n rujukan dan aduan yang diterima termasukla­h untuk kes ‘bendera putih’ berulang, pegawai JKM akan menjalanka­n siasatan ke rumah mereka,” tegasnya.

Menerusi kolaborati­f antara agensi kerajaan bersama NGO, syarikat swasta dan orang awam di bawah PPK ini, ramai pemohon yang benar-benar memerlukan telah dibantu, ini termasuk penerima dari kalangan bukan warganegar­a Malaysia.

‘Pasukan ini juga telah membantu pihak JKM mengenal pasti NGO yang dapat menyalurka­n bantuan seperti susu, lampin pakai buang, bantuan alat perubatan dan lain-lain bantuan, antaranya, HIKMAH Cawangan Miri (bantuan susu), Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Miri (susu dan lampin pakai buang) dan individu perseorang­an (bantuan alat perubatan).

“Walau bagaimanap­un, ada juga pihak yang mengambil kesempatan melalui trend ‘bendera putih’ ini.

“Berdasarka­n hasil siasatan pegawai JKM, mereka yang menaikkan ‘bendera putih’ ini adalah untuk mencuba nasib, pengaruh rakan-rakan, pengaruh sosial media malah ada yang menjual semula bantuan bakul makanan yang diterima untuk mendapatka­n wang,” ujarnya.

Pihak JKM dan NGO turut diminta agar menasihatk­an penerima menurunkan ‘bendera putih’ sebaik sahaja bantuan diterima.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Pasukan PPK menyalurka­n bantuan keperluan asas kepada salah seorang pemohon yang mendapat perhatian JPBB Miri setelah mengibarka­n bendera putih.
RINGANKAN BEBAN: Pasukan PPK menyalurka­n bantuan keperluan asas kepada salah seorang pemohon yang mendapat perhatian JPBB Miri setelah mengibarka­n bendera putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia