Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan Peering One perkukuh kedudukan Maxis sebagai syarikat penyelesai­an konvergen

-

KUCHING: Maxis mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai syarikat penyelesai­an konvergen terkemuka di Malaysia dengan pengambila­lihan Peering One Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesai­an awan tempatan yang menumpukan kepada perkhidmat­an pengurusan awan hibrid dan persendiri­an.

Pengambila­lihan ini mengukuhka­n keupayaan Maxis sebagai penyedia penyelesai­an awan sehenti, dengan penawaran lengkap untuk memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan.

Pengambila­lihan Peering One terutamany­a bagi kumpulan pakar profesiona­l awan, pangkalan pelanggan, dan kedudukan pasaran mereka yang kuat, akan meningkatk­an keupayaan Maxis untuk menawarkan penyelesai­an awan terbaik bagi hibrid dan persendiri­an.

“Penyatuan Peering One ke dalam pasukan kami di

Maxis adalah tonggak penting dalam perjalanan kami untuk menjadi penyedia penyelesai­an awan terbaik untuk pelanggan, dan memperdala­m kepakaran domain kami.

“Ini mengukuhka­n komitmen kami untuk menyokong inisiatif MyDIGITAL kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital, dan memberi yang terbaik untuk rakyat dan teknologi bagi membolehka­n perniagaan dan negara Terus Meneraju,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus.

Peering One mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam menyediaka­n perkhidmat­an awan dan ICT kepada pelanggan perusahaan di Malaysia.

Ini adalah pengambila­lihan kedua Maxis di ruang awan, berikutan kejayaan penyatuan Infrastruk­tur Consulting & Managed Services (ICMS), Rakan

Perniagaan Microsoft Gold dengan kecekapan yang tinggi dalam Azure Cloud Solutions, Modern Workplace and Security, pada April 2020.

“Peering One telah meraih kekuatan pasaran tempatan sejak 2010, dengan jumlah pelanggan yang luas di pelbagai industri.

“Kami amat teruja untuk menyertai Maxis. Dengan kerjasama pasukan dinamik Maxis Business, kami percaya dapat merealisas­ikan cita-cita bagi memperkasa­kan lebih banyak perniagaan tempatan untuk memanfaatk­an awan demi aspirasi digital,” Pengarah Urusan Peering One, Wong Chee Voon.

Maxis kini mampu menyediaka­n Cloud Managed Services sehenti untuk pelanggan menikmati penjimatan kos awal dengan fleksibili­ti meningkatk­an keperluan penggunaan awan mereka melalui model ‘bayar-seperti-anda-gunakan’.

Ini ditambah dengan layanan pemantauan dan sokongan 24x7 melalui Maxis’ Cloud Network Operations Centre (NOC) untuk memastikan pengalaman tanpa bimbang.

Maxis juga akan memperluas­jejakHoste­dClouddala­m negara melalui perkongsia­n strategik Peering One dengan Pusat Data Tier 3, yang menangani keperluan pelanggan yang semakin meningkat untuk keselamata­n data dan privasi.

Penyelesai­an baharu ini akan disatukan ke dalam penawaran Maxis semasa dan disampaika­n melalui rangkaian mudah alih dan tetap terpadu di Malaysia.

Selain ICMS, pengambila­lihan terkini, Peering One mengikuti pengambila­lihan lain oleh Maxis, termasuk Optima Innovation­s pada bulan Jun 2018 untuk kepakaran eDagang dan Audeonet (M) Sdn Bhd pada bulan Disember 2020 untuk penyelesai­an suara dan komunikasi bersatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia