Utusan Borneo (Sarawak)

JKNS diminta buat siasatan terperinci Kluster Sentosa 2

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) diminta melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh ke atas Kluster Sentosa 2, Kuching yang membabitka­n sebuah fasiliti kesihatan di Kota Sentosa, dekat sini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, selain melakukan penyelidik­an epidemiolo­gi rutin, JKNS perlu menyiasat berapa ramai kakitangan dan penghuni di fasiliti kesihatan itu yang disahkan positif COVID-19 sudah melengkapk­an dos vaksin masing-masing.

Dr Sim yang juga Penasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, semua kakitangan di fasiliti kesihatan tersebut adalah petugas barisan hadapan yang semestinya antara penerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus melengkapk­an vaksinasi mereka semasa fasa pertama Program Imunikasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri.

“Apakah jenis vaksin yang diberikan kepada petugaspet­ugas barisan ini yang dijangkiti ini, berapa lama mereka sudah divaksin termasuk mengenal pasti kontak-kontak rapat mereka,” katanya di Facebook beliau malam kelmarin.

Dr Sim berkata, JKNS perlu bekerja sama rapat dengan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, melakukan kajian genom kerana ia berbeza dengan ujian calitan ujian RT-PCR.

“Keputusan ujian calitan ujian RT-PCR diketahui pada hari yang sama ia dilakukan, manakala kajian genom memerlukan tempoh lama untuk mengetahui keputusann­ya iaitu satu setengah hingga dua minggu.

“Dalam hal ini, tiada ‘menuding jari’ tetapi mendapat manfaat daripada siasatan ini, dengan itu kita boleh mempersiap­kan diri dari segi pelaksanaa­n polisi dan tindakan,” ujarnya.

Mengenai Kluster Sentosa 2, Kuching, Dr Sim berkata ini adakah kali kedua Hospital Sentosa diisytihar sebagai kluster ekoran penularan COVID-19 di fasiliti kesihatan itu, kali ini sekatan pergerakan dikuatkuas­akan membabitka­n kakitangan serta penghuniny­a selama 14 hari.

Setakat kelmarin, sebanyak 52 kes positif COVID-19 dikesan di Kluster Sentosa 2, Kuching.

Sementara itu, The Borneo Post pada Rabu melaporkan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed sebagai berkata tiada varian Delta dikesan dalam kalangan kes COVID-19 di Hospital Sentosa bagaimanap­un mengesahka­n kakitangan di fasiliti kesihatan itu telah menjalani ujian calitan.

“Saya berharap tidak ada kes varian Delta dikesan di hospital ini. Tiada kes membabitka­n (sebarang) varian (di sana). Tetapi kakitangan menjalani ujian calitan, itu betul kerana mereka telah terdedah kepada kes-kes positif COVID-19,” katanya.

Terdahulu Pengarah IHMC UNIMAS Profesor Dr David Perera memberitah­u pihaknya bergantung kepada JKNS dan hospital-hospital swasta untuk menyediaka­n sampel COVID-19 untuk diuji bagi varian seperti Delta atau Beta.

Dr Perera juga memberitah­u buat masa ini tidak jelas sama ada sampel-sampel berkenaan dari seluruh Sarawak atau hanya dipilih secara rawak oleh JKNS dan hospital-hospital swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia