Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan santuni 20 tukang pembersih di Kuching

-

KUCHING: Seramai 20 tukang pembersih di sekitar Kuching disantuni menerusi Program Prihatin Beras oleh Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan, Kuching barubaru ini.

Menurut Pengerusin­ya Maliah Adenan, sebelum ini persatuan berkenaan telah berjaya mengagihka­n sebanyak 165 kampit beras kepada isi rumah termasuk golongan warga emas dan orang kelainan upaya yang tinggal di sekitar Kuching.

“Matlamat dan dasar persatuan, sudah pastilah menyokong dasar kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi yang menitik berat isu kebajikan serta keperluan masyarakat setempat,” katanya kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Tambah Maliah, persatuan itu amat mementingk­an keperluan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang masih menular di Sarawak.

“Hal ini mengambil kira aspek kehilangan pekerjaan sesetengah penerima dan berharap agar beras tersebut boleh meringanka­n beban mereka,” katanya.

Sementara itu, salah seorang tukang pembersih, Mohamad Abang ketika ditemui menyambut baik sumbangan beras 5kg dan menyifatka­nnya sebagai salah satu usaha murni membantu golongan terjejas pendapatan.

“Terdapat golongan yang kehilangan pekerjaan, malah ada juga yang masih bekerja namun gajinya dipotong kerana syarikat mengalami kerugian.

“Oleh itu, sumbangan seperti ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi pada kami cukup bermakna,” katanya.

Manakala, Sapia Sama bersyukur atas sumbangan beras yang diterima dan berharap supaya persatuan lain turut membantu masyarakat mengikut kemampuan masing-masing.

“Saya amat menghargai­nya kerana sebelum ini, persatuan yang sama pernah menyumbang­kan pelitup muka kepada kami.

“Saya melihat ini adalah kesungguha­n persatuan ini dalam hal membantu golongan seperti kami,” katanya.

 ??  ?? SYUKUR: Mohd Abang tidak menyangka menerima sumbangan daripada Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan, Kuching.
SYUKUR: Mohd Abang tidak menyangka menerima sumbangan daripada Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia