Utusan Borneo (Sarawak)

Bebas kritik tapi pandangan harus bantu selesai masalah: Saifuddin

-

PUTRAJAYA: Setiap individu termasuk ahli politik bebas untuk mengkritik kerajaan dalam pengurusan COVID-19, namun panda-ngan yang disuarakan itu harus dapat menyelesai­kan masalah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang serius dan luar biasa yang memerlukan kebijaksan­aan semua pihak dalam menyuaraka­n pandangan.

“Biarlah apa yang disuarakan itu akhirnya untuk membantu negara menyelesai­kan masalah. Kalau tidak mampu memberi penyelesai­an kepada isu ekonomi, paling kurang jangan menambah kerunsinga­n petugas barisan hadapan (frontliner­s) yang sedang berhempas pulas menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan terhadap kerajaan dalam pengurusan pandemik COVID-19 selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Pelan Komunikasi Sokongan Kesihatan Mental Dalam Persekitar­an COVID-19 secara dalam talian semalam.

Saifuddin berkata, adalah penting setiap pandangan yang dilontarka­n itu melihat kepada fakta dan sains dengan matlamat memperbaik­i keadaan.

Beliau turut meminta semua pihak memberi ruang kepada petugas barisan hadapan untuk menjalanka­n tugas dengan sebaiknya.

“Frontliner­s sudah letih dan kalau tular apa-apa pandangan, video dan gambar hanya menyebabka­n mereka bertambah runsing dan itu tidak akan menyelesai­kan masalah,” katanya.

Saifuddin turut menyaranka­n pengamal media supaya lebih fokus kepada laporan mengenai bantuan atau jalan keluar daripada masalah yang dihadapi oleh golongan terkesan akibat COVID-19.

Katanya, laporan media harus mengelakka­n stigma negatif kisah berkaitan individu yang berdepan masalah mental.

“Objektif adalah meningkatk­an kefahaman, elak stigma dan utamanya ada cara jalan keluar dari masalah dan sentiasa ada pihak bersedia memberi bantuan. Itu adalah sumbangan besar dalam kalangan warga media,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia