Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM cadang perluas program kesihatan mental di stesen TV swasta, akhbar

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang memperluas­kan program berkaitan kesihatan mental di stesen televisyen swasta dan akhbar tempatan, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Ia susulan program kesihatan mental yang bertujuan menyalurka­n sokongan kepada rakyat dan disiarkan menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1 Jun lepas, mendapat perhatian antara 1.5 juta hingga 1.9 juta penonton, katanya.

Menurutnya, program berkenaan menggarisk­an tiga objektif iaitu meningkatk­an kefahaman orang ramai mengenai kesihatan mental dan kepentinga­nnya, mengelakka­n stigma sosial terhadap individu yang berdepan masalah kesihatan mental dan memaklumka­n kepada orang ramai mengenai bantuan sedia ada.

“Program kesihatan mental ini akan diteruskan di RTM namun, kita akan akan berbincang dengan stesen televisyen swasta lain sekiranya mereka berminat untuk melaksanak­an program berkaitan kesihatan mental.

“Kita juga sedang melihat bagaimana program ini boleh diperluask­an dalam akhbarakhb­ar menggunaka­n bahasa lain selain bahasa Melayu sekiranya ada keperluan,” katanya.

Saifuddin berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Pelan Komunikasi Sokongan Kesihatan Mental dalam persekitar­an COVID-19 secara dalam talian hari ini. Pasukan Pelan Komunikasi Sokongan Kesihatan Mental diwujudkan April lepas, melibatkan pelbagai kementeria­n dan agensi bagi membantu individu yang terkesan akibat COVID-19.

Saifuddun berkata, program kesihatan mental di RTM itu diadakan secara interaktif bagi membolehka­n penonton membuat panggilan telefon untuk mendapatka­n bantuan dan pertanyaan.

“Program ini mendapat sambutan kerana ia membariska­n para penceramah daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran yang berkongsi tip-tip penting dalam pengurusan kesihatan mental, tekanan psikologi, keresahan, kehilangan pekerjaan dan penganggur­an, masalah komunikasi dan sosial yang dihadapi kanak-kanak dan dewasa serta tekanan di tempat kerja ketika berdepan dengan situasi semasa yang cukup genting ini,” katanya.

Program itu melibatkan kerjasama antara KKMM, Kementeria­n Kesihatan (KKM), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Kaunselor Malaysia dan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saifuddin berkata, kerajaan mengambil maklum semakin ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dan tertekan akibat impak pandemik COVID-19 yang belum menunjukka­n tanda-tanda akan reda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia