Utusan Borneo (Sarawak)

PBT ada kuasa tutup kilang: Zuraida

-

MARAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, PBT boleh menguatkua­sakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Pada 29 Jun lepas, kerajaan pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan kilang yang tidak mematuhi SOP dengan mereka boleh dikompaun mengikut Akta 342.

“PBT di seluruh negara boleh menguatkua­sakannya, jadi tidak ada isu PBT tidak boleh tutup kilang kerana mereka boleh menggunaka­n Akta 342 dan disokong Akta 171, bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam dan Kampung Orang Asli Merbau di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker.

Semalam media melaporkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkut­an Awam Selangor Ng Sze Han berkata, PBT tidak mempunyai kuasa bagi menutup kilang dalam membendung penularan COVID19 kerana kuasa tersebut di bawah kerajaan persekutua­n.

Sementara itu, Zuraida berkata Kementeria­n Sains,Teknologi dan Inovasi telah memperuntu­kkan 225,000 dos vaksin COVID-19 kepada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementeria­n Perpaduan Negara bagi memberi suntikan vaksin antaranya kepada Orang Asli, peneroka Felda, kampung tradisiona­l, penjaja dan penduduk Program Perumahan Rakyat.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kementeria­n Perpaduan

Negara akan menerajuin­ya melalui Komuniti Rukun Tetangga iaitu pengerusi penduduk akan membuat panggilan telefon kepada penduduk bagi memastikan mereka mendaftar serta hadir menerima vaksin,” katanya.

Mengulas mengenai MOVAK di Maran, Zuraida berkata ia diadakan selama tiga hari bermula semalam dengan kira-kira 1,000 penduduk kawasan itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Zuraida (tengah) bersama petugas pasukan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam bas yang telah diubahsuai menjadi pusat vaksinasi bergerak pada Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam, dekat Maran, semalam. Turut hadir Ismail (kiri). Program itu dijalankan bagi memastikan semua rakyat terutama di kawasan pedalaman tidak ketinggala­n untuk menerima suntikan vaksin bagi sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
— Gambar Bernama KENANGAN: Zuraida (tengah) bersama petugas pasukan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam bas yang telah diubahsuai menjadi pusat vaksinasi bergerak pada Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam, dekat Maran, semalam. Turut hadir Ismail (kiri). Program itu dijalankan bagi memastikan semua rakyat terutama di kawasan pedalaman tidak ketinggala­n untuk menerima suntikan vaksin bagi sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia