Utusan Borneo (Sarawak)

PM tinjau penyediaan Bakul Prihatin Negara

-

PUTRAJAYA: Kerajaan menyediaka­n lebih banyak bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19 dengan memperkena­lkan inistiatif terbaharu, program Bakul Prihatin Negara, dengan dana permulaan berjumlah RM21 juta.

Program tersebut memanfaat 1.68 juta rakyat di seluruh negara dengan dana sumbangan syarikat korporat sebanyak RM16 juta dan RM5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut melibatkan penagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkomprom­i dalam soal pengurusan kebajikan rakyat.

“Selagi masalah pandemik COVID-19 belum dapat diatasi dan soal ekonomi belum pulih, saya cukup prihatin dan rasa bertanggun­gjawab untuk menentukan kesejahter­aan rakyat.

“Kita tak kira apa latar belakang mereka, di mana mereka berada, mestilah kita laksanakan dan kita berikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka,” katanya kepada media selepas meninjau penyediaan bakul makanan di pusat penyimpana­n dan agihan Bakul Prihatin Negara itu di Dewan Perdana Nur, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di sini semalam.

Berkonsepk­an pendekatan masyarakat secara menyeluruh, inisiatif Bakul Prihatin Negara itu melibatkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan diselarask­an oleh KPWKM.

Bakul Prihatin Negara itu adalah hasil cetusan idea Muhyiddin sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Penyampaia­n bantuan dilaksanak­an oleh Sukarelawa­n Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandung­i beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Selain program tersebut, Muhyiddin berkata kerajaan setakat ini telah menyalurka­n sebanyak 2.315 juta bakul makanan melibatkan peruntukan RM173.4 juta yang telah memanfaatk­an seramai 9.26 juta orang sejak pelaksanaa­n Bantuan Bakul Makanan fasa pertama pada Mac tahun lepas.

“Sebahagian besar dari kumpulan sasar yang ada baik M40, B40, atau T20 yang terkesan kerana tak boleh nak berniaga dan berhenti kerja, semua kita sampaikan bantuan,” katanya.

Rakyat yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh menghubung­i Talian Kasih di 15999, Pejabat JKM Daerah berdekatan atau menyalurka­n maklumat menerusi media sosial rasmi KPWKM, katanya.

Hadir sama semasa tinjauan tersebut Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Pada acara itu, Yayasan Petronas menyampaik­an sumbangan RM5 juta dengan cek replika disampaika­n oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

AEON, yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif AEON Group Malaysia, Shafie Shamsuddin pula menyampaik­an sumbangan RM4 juta.

Pharmaniag­a Bhd., yang diwakili Pengerusi Datuk Seri Mohammed Shazaili Ramly, menyampaik­an sumbangan RM3 juta; Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang diwakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir Baharin Din dan Telekom Malaysia Bhd yang diwakili Pengerusi Tan Sri Mohd Bakke Salleh pula masing-masing RM2 juta.

Muhyiddin turut menyerahka­n vest Skuad Prihatin Negara kepada dua sukarelawa­n Ahmad Azri Ahmad, 35, dan Azalina Abdul Rahman, 44. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYEDIAKA­N: Kerja-kerja penyediaan bakul makanan di bawah program Bakul Prihatin Negara oleh sukarelawa­n Skuad Prihatin Negara di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MENYEDIAKA­N: Kerja-kerja penyediaan bakul makanan di bawah program Bakul Prihatin Negara oleh sukarelawa­n Skuad Prihatin Negara di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia