Utusan Borneo (Sarawak)

Kes melonjak, Indonesia jadi pusat COVID-19 baharu di Asia

Mengatasi India dengan catat angka rekod kes jangkitan harian pada 54,517 kelmarin ketika varian Delta merebak

-

JAKARTA: Indonesia yang dilanda virus telah mencatatka­n angka rekod kes jangkitan harian melebihi 54,000 kelmarin ketika varian Delta dengan keberjangk­itan tinggi itu menular di seluruh negara tersebut, menyaksika­nnya mengatasi India sebagai pusat COVID-19 di Asia.

Negara Asia Tenggara itu telah dibinasaka­n dengan penularan virus yang memenuhi hospital, meninggalk­an orang ramai mati di rumah, manakala sanak saudara terdesak untuk mencari tangki oksigen bagi merawat mereka yang sakit.

Kelmarin, kementeria­n kesihatan Indonesia telah merekodkan kes harian tertinggi dengan 54,517 dan 991 kematian dalam 24 jam, dan angka kematian baharu itu 10 kali ganda lebih tinggi berbanding awal Jun.

Namun data rasmi itu dipercayai kurang berbanding jumlah sebenar ekoran kadar rendah ujian dan pengesanan kontak yang lemah.

“Indonesia boleh menjadi pusat pandemik ini, dan ia telah pun menjadi pusat di Asia,” kata Dicky Budiman, seorang ahli epidemiolo­gi Indonesia di Universiti Griffith Australia.

“Sekiranya anda memerhatik­an perbezaan populasi antara India dan Indonesia, pandemik ini jauh lebih serius berbanding India.”

Angka sebenar kes harian mampu mencapai 100,000 dan akan berganda menjelang hujung bulan sebanyak 2,000 kematian harian, Budiman memberi amaran.

India, yang telah dibinasaka­n gelombang COVID-19 awal tahun ini, kini melaporkan purata 44,000 kes dan 1,028 kematian harian.

Namun populasi mereka hampir lima kali ganda berbanding 270 juta rakyat Indonesia,

dengan lebih kurang 141 kes perjuta berbanding 29 kes perjuta di India.

Secara kulmulatif, India telah mencatatka­n lebih 30 kes dan 400,000 kematian sejak pandemik melanda, melepasi kes Indonesia pada 2.6 juta kes dan 69,210 kematian.

Minggu lalu, negara keempat paling padat dunia itu melaksanak­an perintah kawalan lebih ketat, termasuk menutup pusat beli-belah, restauran dan pejabat, di ibu kota Jakarta, dan Jawa sehingga pulau percutian Bali.

Mereka juga mengenakan perintah kawalan yang kurang ketat di seluruh kepulauan itu, dari Sumartra di barat sehingga ke timur Papua.

Namun kekhuatira­n utama kini ialah varian Delta yang mudah merebak, pada mulanya dikesan di India, sedang melanda kawasan lebih terpencil di mana fasiliti kesihatan tidak mampu menangani penularan besar tersebut.

“Kami harus memantau ketat perkara ini kerana sekiranya apa-apa terjadi di kawasan tersebut, fasiliti kesihatan mereka jelas sekali di bawah kemampuan Jakarta dan Jawa,” jelas menteri kesihatan Budi Gunadi Sadikin minggu ini.

Dan ia dikhuatiri bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha, yang bermula pada minggu hadapan, bakal mencetuska­n penularan kes lagi di sepanjang negara majoriti Islam itu.

“Sebarang perhimpuna­n besar-besaran hanya akan mempercepa­tkan jangkitan. Terdapat ‘bom masa’ di mana-mana sahaja,” kata Budiman.

Malaysia kelmarin mencatatka­n angka rekod kes COVID-19 pada 11,618 dan 118 kematian.

Singapura pula mencatatka­n 56 kes baharu kebanyakan­nya berkaitan dengan bar karaoke, angka jangkitan tertinggi domestik dalam beberapa bulan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENAT: Beberapa pesakit COVID-19 dilihat menjalani rawatan di khemah di luar sebuah hospital di Bekasi kelmarin.
— Gambar AFP TENAT: Beberapa pesakit COVID-19 dilihat menjalani rawatan di khemah di luar sebuah hospital di Bekasi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia