Utusan Borneo (Sarawak)

Kes COVID-19 dikesan, kapal kembali ke Singapura

-

SINGAPURA: Sebuah kapal yang sedang dalam “pelayaran entah ke mana” telah dipaksa untuk kembali ke Singapura lebih awal daripada yang dijadualka­n kelmarin selepas satu kes COVID-19 dikesan di atas kapal, kata pihak berkuasa.

Kapal Dream Cruises telah mengarahka­n 1,646 penumpang serta 1,249 anak kapal untuk kekal dalam kabin masing-masing sementara kapal itu dinyahkuma­n dan pengesanan kontak dilengkapk­an, kata pengarah Lembaga Pelanconga­n Singapura.

“Penumpang tersebut telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif di darat, dan serta-merta telah diasingkan selaras dengan protokol kesihatan atas kapal,” jelas Annie Chang.

Penumpang berusia 40 tahun itu, yang disahkan negatif sebelum berlepas, telah dibawa ke hospital untuk ujian lanjut dan kementeria­n kesihatan mengesahka­n dia dijangkiti virus.

Media tempatan melaporkan penumpang itu telah divaksin sepenuhnya.

Kapal persiaran tersebut berlepas dan berlabuh di Singapura, telah dilancarka­n tahun lalu. Ia telah terbukti terkenal dalam kalangan mereka yang mencari jalan keluar dari negara kecil itu, yang hanya mempunyai kadar jangkitan sederhana dengan sempadan negara kebanyakan­nya ditutup.

Kapal itu, dimiliki dan dioperasik­an oleh Genting

Group Malaysia, berlepas dari Singapura pada Ahad untuk persiaran empat hari dan kembali ke pelabuhan beberapa jam lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Dream Cruises Genting berkata mereka telah membatalka­n kesemua pelayaran yang dijadualka­n untuk berlepas kelmarin, dan tiada kes jangkitan virus pada manamana kapal persiaran mereka yang sebelumnya.

“Pelayaran entah ke mana” Royal Caribbean juga telah diarahkan kembali awal pada Disember lepas setelah seorang lelaki disahkan positif COVID-19. Namun, kes tersebut merupakan amaran salah, dengan keputusan seterusnya mendapati dia negatif. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BATAL: Kapal Dream Cruises, World Dream, kembali berlabuh di Marina Bay Cruise Centre selepas seorang penumpangn­ya didapati positif COVID-19.
— Gambar AFP BATAL: Kapal Dream Cruises, World Dream, kembali berlabuh di Marina Bay Cruise Centre selepas seorang penumpangn­ya didapati positif COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia