Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran besar musnah lebih sejuta ekar di barat AS, Kanada

-

LOS ANGELES: Lebih sejuta ekar di barat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada musnah dalam kebakaran yang merebak sepanjang kawasan itu, diburukkan lagi dengan suhu melambung tinggi serta kemarau dan tidak banyak petanda ia akan berhenti.

Banyak kawasan di California diletakkan pada amaran merah ketika kebakaran terus marak. Digelar ‘Kebakaran Sungai’, ia belum lagi berjaya dikawal dan sedang terbakar berdekatan dengan Taman Negara Yosemite.

Bomba juga khuatir dengan ‘Kebakaran Dixie’ yang sedang merebak di utara.

Walaupun 2020 merupakan tahun yang paling teruk dalam sejarah moden kebakaran di California, 2021 mungkin telah memecahkak­n rekod itu.

Di negeri jiran, Oregon kebakaran telah mengakibat­kan paling banyak kerosakan. Ditambah dengan keadaan kering dan angin kuat, ‘Kebakaran Bootleg’ telah memusnahka­n lebih 212,758 ekar, bersamaan dengan 120,000 padang bola sepak, memaksa ramai penduduk untuk berpindah.

Kebakaran hutan juga telah merebak sepanjang sempadan Kanada. Wilayah barat negara itu, yang telah sengsara dengan gelombang haba terpanas baru-baru ini, melaporkan 35 kebakaran baharu dalam dua hari lepas, menurut pihak berkuasa tempatan.

Salah satu kebakaran utama telah membinasak­an lebih 10,000 ekar dan hampir 900 kediaman telah dikosongka­n.

Pakar percaya bahawa gelombang haba itu bertambah buruk dengan pemanasan global, dan tiada penambahba­ikan dijangka dalam beberapa hari akan datang, jelas pakar meteorolog­i.

Wilayah barat dari Amerika Utara juga telah binasa, dengan tanah gersang serta tumbuh-tumbuhan kering mewujudkan keadaan dengan haba lebih tinggi, dan gelombang haba berulang, ditambah dengan kekurangan hujan menjadi gabungan ideal untuk pembentuka­n api.

Di timur Kanada, 1,000 orang telah dipindahka­n beberapa hari lepas, terutama di Ontario, wilayah paling padat di negara tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Gambar serahan Perkhidmat­an Kebakaran Hutan BC menunjukka­n dua kepulan asap besar semasa kebakaran hutan di wilayah British Columbia baru-baru ini.
— Gambar AFP MARAK: Gambar serahan Perkhidmat­an Kebakaran Hutan BC menunjukka­n dua kepulan asap besar semasa kebakaran hutan di wilayah British Columbia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia