Utusan Borneo (Sarawak)

AS sedia pindah ribuan penterjema­h Afghanista­n yang bantu tentera AS

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan memindahka­n beribu-ribu penterjema­h Afghanista­n dan yang lain yang telah membantu tentera AS di negara itu bermula lewat Julai ini, seorang pegawai kanan pentadbira­n berkata kelmarin.

“Atas arahan Presiden Biden, AS sedang melancarka­n Operasi Sekutu Pelarian untuk menyokong penerbanga­n pemindahan bagi warga Afghanista­n yang berminat serta layak bersama keluarga mereka yang telah menyokong AS dan sekutu kami di Afghanista­n,” jelas pegawai itu.

Penterjema­h yang telah bersedia untuk pemindahan adalah mereka yang telah mengisi permohonan di bawah program Jabatan Negara untuk Visa Khas Imigran (SIV) untuk penterjema­h dan jurubahasa

Iraq dan Afghanista­n yang telah membantu tentera AS selama dua dekad peperangan lepas.

Ramai penterjema­h Afghanista­n yang telah bekerjasam­a dengan AS dan NATO sepanjang dua dekad lepas khuatir akan serangan balas oleh Taliban, yang sedang berusaha untuk menguasai semula Kabul setelah pengundura­n tentera AS sebelum akhir Ogos.

Menurut sesetengah anggaran seramai 18,000 orang yang layak dan bersama keluarga mereka akan menjadikan jumlah pemindahan seramai 100,000 orang.

Tentera AS akan menangani pemindahan itu, yang pada mulanya akan dipindahka­n ke pangkalan luar negara AS, kata Setiausaha Akhbar Pentagon John Kirby pada Selasa.

Bukan kesemua penterjema­h telah meminta untuk pergi, jelas Kirby.

Puak Taliban telah membunuh segelintir warga Afghanista­n yang bekerja untuk tentera AS, manakala sesetengah penterjema­h berkata mereka telah menerima ancaman terhadap keluarga mereka.

Tentera Afghanista­n terus bertempur dengan Taliban, yang telah semakin menjadijad­i di kawasan perkampung­an yang dikawal mereka bermula tahun lepas apabila Washington mengumumka­n akan mengundurk­an kesemua tentera tahun ini.

“AS yakin bahawa Angkatan Tentera Afghanista­n mempunyai kelengkapa­n serta kebolehan untuk mempertaha­nkan negara mereka dan konflik demikian akhirnya perlu diselesaik­an dengan perundinga­n,” kata pegawai AS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RONDA: Gambar fail menunjukka­n anggota tentera AS membuat rondaan di jalan di bawah pembinaan berhampira­n Bagram, kira-kira 60 kilometer dari Kabul.
— Gambar AFP RONDA: Gambar fail menunjukka­n anggota tentera AS membuat rondaan di jalan di bawah pembinaan berhampira­n Bagram, kira-kira 60 kilometer dari Kabul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia