Utusan Borneo (Sarawak)

Filem seram Thailand dan aksi Tamil hiasi slot Screen On 2

-

TIDAK boleh keluar ke mana-mana, hanya duduk di rumah malah melakukan aktiviti sosial di luar juga turut disekat atas faktor situasi semasa yang terpaksa dihadapi oleh setiap masyarakat negara ini.

Namun, kita harus menyesuaik­an diri dengan suasana kebiasaan baharu demi melindungi diri dan keluarga tersayang daripada wabak pandemik COVID-19 yang semakin menjadijad­i di negara kita.

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif dengan menghimpun­kan filemfilem menarik luar negara buat tontonan seisi keluarga pada hujung minggu ini.

Buat yang meminati filem seram, menerusi slot Screen On 2, sebuah filem Thailand bertajuk ‘The Promise’ bakal disiarkan pada 17 Julai ini (esok), jam 10.30 malam.

Filem arahan Sophon Sakdaphisi­t yang dirakam pada tahun 2017 di Bangkok ini turut memperkena­lkan para pelakon iaitu Bee Namthip, Apichaya Thongkham dan Thunyaphat Pattaratee­rachaichar­oen.

Ia mengisahka­n dua sahabat remaja bernama Ib dan Boum. Pada tahun 1997 negara mereka pada waktu itu telah mengalami krisis kewangan Asia terbesar. Krisis tersebut memberi kesan buat keluarga Ib dan Boum.

Mereka tidak mampu meneruskan kehidupan lalu memutuskan untuk membunuh diri di sebuah bangunan tinggal di Bangkok. Pada mulanya Ib dan Boum berjanji untuk mati bersamasam­a namun, Boum menjadi takut dan mengingkar­inya pada saat akhir.

Selepas 20 tahun, Boum kembali melawat ke bangunan tersebut bersama anak perempuann­ya.

Keadaan menjadi cemas apabila jelmaan Ib kembali menyerang mereka untuk membalas dendam atas tindakan masa lampau Boum.

Lari dari konflik seram, sebuah lagi filem Tamil aksi dan suspen bertajuk ‘Kuttram 23’ pula menemui penonton pada 18 Julai, jam 9.00 malam di TV2.

Bersama bintang terkenal Arun Vijay dan Mahima Nambiar sebagai pelakon utama, filem ini mengisahka­n ACP Vetrimaara­n lakonan Arun Vijay merungkai kes jenayah yang membabitka­n pakar perubatan.

Walau bagaimanap­un, hari demi hari tugasnya menjadi semakin rumit kerana kes tersebut menjadi semakin sukar.

Turut membintang­i filem tersebut ialah Vamsi Krishna, Aravind Akash, Amit Bhargav, Abhinaya, dan Thambi Ramaiah.

Kisahnya bermula dengan Jessica yang berjumpa dengan seorang paderi untuk membuat pengakuan dosa di sebuah gereja di Chennai. Tiba-tiba Jessica telah diculik dan paderi tersebut telah dibunuh.

Atas kejadian tersebut ACP Vetri dituduh atas kes penculikan Jessica. ACP

Vetri mengesyaki bahawa ada kaitan antara pembunuhan paderi itu dan kehilangan Jessica. Atas bantuan rakan sekerjanya, Vetri dan Thirupathi berjumpa dengan Thendral seorang guru di prasekolah tempatan yang menjadi saksi pertama kejadian tersebut.

Pergelutan mula berlaku sepanjang penyiasata­n dilakukan. Vetri mulai berasa dirinya diancam dan sedang diperhatik­an. Mampukah Vetri meneruskan misinya? Saksikan kesudahann­ya dalam filem ‘Kuttram 23’, Ahad ini di TV2.

Terus Kekal Di Rumah jalani gaya hidup sihat dan nikmati hujung minggu anda dengan menonton TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile.

Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia