Utusan Borneo (Sarawak)

Video tular dakwa minum racun, suami isteri ditahan

Pelaku tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19

-

SEREMBAN: Polis menahan sepasang suami isteri berusia 29 tahun di sini malam kelmarin dan awal pagi semalam berikutan video tular memaparkan dakwaan lelaki berkenaan memberi minum racun kepada anak lelakinya, isteri serta dirinya sendiri, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata lelaki itu ditahan pada 10.20 malam manakala isterinya pada 3.15 pagi semalam.

Beliau berkata menerusi video itu, lelaki berkenaan menunjukka­n perlakuan memberi minum racun kepada anak lelakinya yang berusia sembilan bulan dan isterinya.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Seremban. Satu laporan polis telah diterima mengenai video yang tular itu kerana ia boleh menjadi ikutan dan dorongan tidak baik kepada masyarakat selain unsur penganiaya­an terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu beliau menasihatk­an orang awam supaya tidak menunjukka­n perlakuan yang boleh mencetuska­n ketidakten­teraman awam kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Terdahulu, tular sebuah

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Seremban. Satu laporan polis telah diterima mengenai video yang tular itu kerana ia boleh menjadi ikutan dan dorongan tidak baik kepada masyarakat selain unsur

” penganiaya­an terhadap kanak-kanak.

ACP Mohd Said Ibrahim

Ketua Polis Daerah Seremban

video berdurasi 16 minit tiga saat memaparkan seorang lelaki mendakwa memberi minum racun kepada anak lelaki, isteri dan dirinya sendiri selepas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan menerusi kenyataan mengesahka­n pihaknya telah menerima laporan mengenai video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Reuben George itu.

“Video tersebut memaparkan rakaman tiga sekeluarga berpura-pura meminum racun akibat kemurungan. Individu di dalam video tersebut turut mempertika­ikan usaha dan menggesa kerajaan agar mengambil tindakan drastik menangani isu pandemik COVID-19 yang menyebabka­n tekanan serta kemurungan dalam kalangan rakyat sekali gus menyumbang kepada kes bunuh diri di Malaysia.

“Antara minit 11:15 hingga 11:15 klip video itu, suspek mengakui tindakan yang dibuat merupakan ‘role play’ dan cecair yang diminum bukan racun,” katanya sambil menambah kertas siasatan kes itu akan dilengkapk­an segera dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutny­a.

Beliau berkata tindakan menularkan perlakuan bunuh diri melalui media sosial boleh mengundang kepada ‘copycat suicide’ (peniru bunuh diri) bagi mereka yang berisiko sebagaiman­a kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bulan lepas.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatk­an orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa yang bersifat sensitif. PDRM turut menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunaka­n platform terbabit sehingga boleh mendatangk­an kegentaran awam serta menggugat keharmonia­n negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia