Utusan Borneo (Sarawak)

Mohon kebenaran jika mahu adakan majlis melibatkan kehadiran ramai

-

KOTA BHARU: Polis menasihatk­an mana-mana pertubuhan atau individu yang ingin mengadakan majlis yang memerlukan kehadiran ramai orang supaya terlebih dahulu mendapatka­n kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, selain itu pihak terlibat juga perlu memaklumka­n kepada polis mengenai acara atau majlis yang akan diadakan mereka.

Beliau berkata, tindakan itu adalah penting bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Acara atau majlis yang menyebabka­n perkumpula­n orang dalam jumlah ramai, perlu juga mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Tindakan ini penting bagi mengelak berlakunya penularan COVID-19 sekiranya terlalu ramai orang berkumpul di satu-satu tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n sumbangan 1,000 pek bekalan makanan oleh Syarikat Perindustr­ian Makanan dan Minuman Layang-Layang kepada golongan terjejas akibat pandemik COVID-19 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini semalam.

Kesemua pek makanan itu akan diserahkan kepada 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dengan setiap IPD menerima 100 pek bekalan makanan.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata sebanyak 656 daripada 3,000 bakul makanan yang diterima daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk Op Bantu sudah disampaika­n kepada golongan terjejas sejak 7 Julai lepas.

Beliau berkata baki bakul makanan yang ada akan disampaika­n secara berperingk­at sebaik menerima maklumat daripada Ketua Balai dan penghulu di kawasan yang telah dikenal pasti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia