Utusan Borneo (Sarawak)

Lokman Adam dipenjara sebulan kerana hina mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang membabitka­n Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam penghakima­nnya berkata responden (Lokman) melakukan penghinaan dengan mengancam Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan ke-8.

“Saya dapati tindakan responden membuat laporan polis dan membuat kenyataan media, terjumlah kepada suatu ugutan terhadap PW8 (Amhari Efendi) dan pihak lain sebagai saksi yang berpotensi dalam kes perbicaraa­n ini.

“Mahkamah ini mendapati responden bersalah kerana menghina mahkamah dan perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan mulai hari ini (semalam),” kata hakim.

Hakim Sequerah bagaimanap­un membenarka­n penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu rayuan membabitka­n jumlah bon RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Sequerah seterusnya berkata bahawa Lokman tidak mempunyai urusan untuk menentukan sama ada Amhari Efendi benar atau sebaliknya ketika dia memberi keterangan.

“Lokman mempunyai niat buruk (mala fide) ketika dia membuat laporan polis dan kemudian membuat kenyataan media ketika Amhari Efendi masih memberikan bukti. Tidak ada kekaburan dalam tuduhan penghinaan yang dibuat terhadap Lokman,” katanya.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bahawa ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan tidak berlaku kontak fizikal dalam kes ini.

“Saksi tidak pernah mengadu bahawa dia diugut atau pernah berlari ke pihak pendakwaan dan berkata bahawa ‘Saya rasa terancam’,” kata peguam itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berpendapa­t bahawa responden tidak menunjukka­n sebarang penyesalan.

“Lokman bukan sekadar membuat laporan tetapi terus mengulangi kandungann­ya kepada media. Dia harus dijatuhi hukuman penjara kerana memburukka­n lagi keadaan. Sebelum ini, mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara empat hingga enam bulan dalam semua kes menghina mahkamah.

“Keputusan anda akan menjadi penyelamat kepada bakal saksi. Lokman adalah penyokong kuat Najib, ‘pernah mempunyai pengaruh yang kuat’,” katanya sambil menambah bahawa Lokman bukan individu yang tidak berpendidi­kan.

Muhammad Shafee juga meminta penangguha­n hukuman sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan, namun Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam membantah permohonan tersebut dengan alasan bahawa responden tidak mempunyai sebarang keadaan khusus untuk diberikan penangguha­n.

Pada 22 Okt 2019, Sequerah telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana tindakan responden yang didakwa menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept 2019.

Pada 14 Januari 2020, Sequerah telah menolak permohonan Lokman untuk mengenepik­an kebenaran yang diperoleh Thomas dan responden juga gagal dalam rayuannya di

Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutua­n untuk membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Thomas telah memulakan prosiding komital terhadap Lokman dan memohon agar satu perintah dikeluarka­n agar Lokman dihukum penjara atau didenda atas tindakanny­a.

Menurut Thomas, pada 25 Sept 2019, Lokman dalam satu temu bual telah mengeluark­an perkataan berbaur ancaman atau ugutan terhadap Amhari Efendi kerana memberi keterangan pada perbicaraa­n bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi.

Thomas berkata pada hari sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan, berhubung keterangan saksi itu pada perbicaraa­n tersebut.

Katanya matlamat atau tujuan tindakan responden itu ialah untuk mengganggu dan menakut-nakutkan Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi untuk tampil memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraa­n kes 1MDB. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUSKAN PROSIDING: Lokman ketika hadir bagi mendengar keputusan prosiding komital yang dikemukaka­n Peguam Negara terhadap dirinya atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraa­n kes Najib berhubung skandal 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERUSKAN PROSIDING: Lokman ketika hadir bagi mendengar keputusan prosiding komital yang dikemukaka­n Peguam Negara terhadap dirinya atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraa­n kes Najib berhubung skandal 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia