Utusan Borneo (Sarawak)

Proses vaksinasi di pulau peranginan Terengganu bermula

-

MARANG: Proses vaksinasi COVID-19 kepada hampir 10,000 penduduk dan pengusaha pelanconga­n di pulau-pulau peranginan serta Tasik Kenyir di Terengganu bermula semalam dan dijangka selesai selewatlew­atnya Oktober depan.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata siri jelajah program outreach vaksinasi COVID-19 ke pulau peranginan itu dimulakan di Pulau Kapas di sini, melibatkan 60 pengusaha pelanconga­n antaranya pengusaha resort dan chalet, jurulatih selam skuba dan pemandu bot.

“Seterusnya program ini akan dilaksanak­an di Pulau Redang di Kuala Nerus pada minggu depan melibatkan lebih 2,000 penduduk dan pengusaha pelanconga­n diikuti Pulau Perhentian di Besut, Pulau Tenggol di Dungun dan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata vaksin jenis Pfizer-BioNTech diberikan kepada penerima berbanding cadangan asal iaitu jenis CanSino kerana pihaknya mahu mempercepa­tkan proses vaksinasi sebelum musim tengkujuh bermula, selain bekalan yang mencukupi.

Sementara itu, beberapa pengusaha pelanconga­n Pulau Kapas yang ditemui menyambut baik program vaksinasi itu yang disifatkan mampu membantu sektor pelanconga­n untuk kembali beroperasi.

Pemilik Qimi Private Bay Resort, Rosmawati Abdul Hamid, 57, berharap industri pelanconga­n dapat beroperasi semula dengan keutamaan diberi kepada individu yang lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.

“Sekarang saya menggunaka­n sepenuhnya wang simpanan yang ada untuk kekal bertahan dalam perniagaan namun sekiranya pandemik ini masih berterusan dalam tempoh lama, sukar hendak dibayangka­n apa nasib kami,” katanya.

Pemilik sebuah syarikat selam skuba, Zainal Azam Hashim, 58, pula melahirkan kelegaan kerana tidak perlu bersusah payah ke tanah besar untuk mendapatka­n suntikan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana memudahkan urusan vaksinasi kami. Lega akhirnya dapat vaksin kerana ia adalah perlindung­an terbaik daripada COVID-19 selain patuh kepada prosedur operasi standard,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan kelmarin, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsia­n infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumka­n daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembang­an itu menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanak­an sejak 24 Feb adalah sebanyak 12,647,558 dos.

“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruha­n individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESA: Annuar (kanan) meninjau 300 bilik penginapan prihatin (BPP) yang disediakan untuk pihak memerlukan tempat penginapan sementara dengan hanya membayar berdasarka­n harga mampu bayar RM30 semalam ketika melakukan pemantauan operasi pertama Rumah Prihatin serta Khidmat Vaksinasi Prihatin yang berpusat di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SELESA: Annuar (kanan) meninjau 300 bilik penginapan prihatin (BPP) yang disediakan untuk pihak memerlukan tempat penginapan sementara dengan hanya membayar berdasarka­n harga mampu bayar RM30 semalam ketika melakukan pemantauan operasi pertama Rumah Prihatin serta Khidmat Vaksinasi Prihatin yang berpusat di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PUAS: Sebahagian daripada 60 penerima vaksin suntikan dos pertama pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19, Daerah Marang di Kapas Boutique Chalet, Pulau Kapas, dekat Marang semalam.
— Gambar Bernama PUAS: Sebahagian daripada 60 penerima vaksin suntikan dos pertama pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19, Daerah Marang di Kapas Boutique Chalet, Pulau Kapas, dekat Marang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia