Utusan Borneo (Sarawak)

Met telah jalankan tugas dengan baik

Pegawai Kanan Polis, Connors pertahanka­n cara Met tangani situasi final Euro 2020

-

LONDON: Polis Metropolit­an London pada Rabu, mempertaha­nkan cara pasukan itu menangani final Euro 2020 yang dicemari penyangak bola sepak di Stadium Wembley dan menambah perlawanan itu mungkin dihentikan tanpa campur tangan mereka.

Pegawai Kanan Polis, Jane Connors, berkata Met (Polis Metropolit­an) telah merancang sepenuhnya untuk perlawanan itu dan mengerahka­n pegawai terlatih khas yang mengawal penyokong tanpa tiket dari cuba memasuki stadium.

“Saya tidak menerima dakwaan operasi polis gagal dan saya menyokong keputusan sukar dibuat oleh anggota polis dan arahan dari pemerintah polis bertugas,” kata timbalan penolong pesuruhjay­a polis itu.

“Tanpa campur tangan mereka, ia kemungkina­n perlawanan ini mungkin dihentikan.”

Met dan pesuruhjay­a polis, Cressida Dick berada dalam tekanan kerana dikritik di atas cara mereka menangani apa yang berlaku pada Ahad lepas.

Penyokong England didakwa merasuah petugas stadium dan memalsu tiket untuk memasuki stadium, menyebabka­n kekecohan dengan pemain pertahanan England, Harry Maguire berkata ayahnya mengalami kecederaan.

Akhbar The Guardian memetik seorang penyokong yang enggan dikenali sebagai berkata penyokong tanpa tiket menggunaka­n aplikasi Telegram untuk berkongsi nasihat untuk melolosi kawalan keselamata­n dan semasa kekecohan, menambah lagi bukti satu rancangan melolosi kawalan.

Maguire berkata ayahnya mengalami keretakan pada dua tulang rusuk dan bergelut untuk bernafas selepas terperangk­ap dalam kekecohan penyokong.

Alan Maguire, 56, dan ejen pemain dari kelab Manchester United, Kenneth Shepherd, dirempuh oleh penyokong tanpa tiket untuk menonton final di antara England dan Itali.

“Ia bukan pengalaman yang baik – ia menakutkan beliau. Ia mencemaska­n. Saya tidak mahu sesiapa pun mengalamin­ya dalam satu perlawanan bola sepak,” kata Maguire ketika memberitah­u akhbar The Sun.

Seorang lelaki berusia 24 tahun – dikenali hanya sebagai “Pablo” – memberitah­u The Guardian bahawa kumpulan dalam akaun Telegram mengandung­i ratusan

Saya tidak menerima dakwaan operasi polis gagal dan saya menyokong keputusan sukar dibuat oleh anggota polis dan arahan dari pemerintah polis

” bertugas.

Jane Connors

Pegawai Kanan Polis Metropolit­an London

orang yang mencari tiket dan bantuan untuk melolosi kawalan keselamata­n, dengan anggaran 5,000 orang memasuki Wembley secara haram.

Beliau berkata penyokong merasuah petugas stadium, ada di antaranya sekitar 20 pound dan yang lain memalsukan tiket dengan mengubah gambar dari tiket asli untuk memasuki stadium.

Sekitar 300 orang merempuh dinding pintu masuk apabila ia dibuka, kata sumber, menambah kepada beberapa laporan bahawa ada penyokong ini mendahului mereka yang mempunyai tiket.

Badan bola sepak Eropah, UEFA, mendenda Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dengan beberapa pertuduhan ekoran insiden di final itu dengan polis melakukan 86 tangkapan dan 19 anggota mereka mengalami kecederaan.

Polis juga menyiasat laporan serangan rasis ke atas tiga pemain berkulit hitam England, yang gagal menyempurn­akan penalti.

Satu petisyen menggantun­g seumur hidup penyokong rasis dari perlawanan bola sepak diwujudkan kerana serangan rasis itu dengan satu juta tandatanga­ni diterima dalam masa dua hari.

Itali menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 sehingga masa tambahan untuk menjulang trofi Eropah buah kali kedua dalam sejarah mereka dan yang pertama sejak 1968. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIAP SIAGA: Pasukan Polis Metropolit­an London mengawal keadaan di luar Stadium Wembley semasa final Euro 2020 di antara England dan Itali.
— Gambar AFP SIAP SIAGA: Pasukan Polis Metropolit­an London mengawal keadaan di luar Stadium Wembley semasa final Euro 2020 di antara England dan Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia