Utusan Borneo (Sarawak)

Giroud akan sarung jersi kelab AC Milan

-

MILAN: Pengarah kelab AC Milan, Paolo Maldini, mengesahka­n pada Rabu bahawa penyerang veteran dari Perancis, Olivier Giroud, dijangka akan tiba dari Chelsea dan dalam masa yang sama kesal dengan kehilangan penjaga gol Gianluigi Donnarumma yang berpindah ke Paris Saint Germain (PSG).

“Olivier dijangka tiba di Milan esok (Khamis),” kata Maldini pada majlis mengumumka­n kalendar Serie A Itali untuk musim 2021/2022.

Giroud, 34, dilaporkan akan menandatan­gani kontrak dua tahun di Milan dengan nilai tiga juga euro semusim dengan Milan akan memulakan musim baharu mereka dengan perlawanan di Sampdoria.

“Beliau juara, bukan hanya bersama pasukan kebangsaan­nya, beliau juga melakukan banyak perkara hebat di Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara,” tambah Maldini.

“Beliau pemain yang boleh diharapkan dan itulah yang kami cari. Kami mempunyai pasukan muda dan kami memerlukan pemain dengan pengalaman ini.”

Penyerang veteran Milan, Zlatan Ibrahimovi­c, yang berusia 39 tahun, menjalani pembedahan di Rom pada bulan Jun lepas dan masih diragui dalam memulakan musim baharu ini.

Giroud menyertai Chelsea selepas enam musim bersama Arsenal pada Januari 2018. Beliau tiba di England dari Montpellie­r, di mana beliau memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis.

Di England, di antara Chelsea dan Arsenal, beliau memenangi empat kejuaraan Piala FA dan tiga Piala Perisai Komuniti. Beliau juga memenangi Liga Europa dan Liga Juara-Juara bersama Chelsea.

Sementara itu, Maldini berkata ada “rasa kesal” kehilangan Donnarumma, bintang Itali di Euro 2020, yang menyertai PSG untuk kontrak lima tahun.

“Kehilangan Gigio adalah sangat besar bagi kami walaupun jika kami membeli seorang penjaga gol yang hebat,” kata Maldini, ketika merujuk pembelian Mike Maignan dari Lille.

“Beliau adalah pemain yang membesar dari akademi kami. Hakikat bahawa beliau bermula di sini amat menyakitka­n kami.”

Donnarumma menyelamat­kan dua penalti pada final Euro 2020 untuk membantu Itali muncul juara dan beliau juga dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan. — AFP

 ??  ?? GIROUD
GIROUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia