Utusan Borneo (Sarawak)

Inter tekad pertahan kejuaraan Serie A Itali untuk musim baharu 2021/2022

-

MILAN: Inter Milan akan memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Serie A Itali mereka dengan menanti kunjungan di Genoa pada hujung minggu 21-22 Ogos depan, menurut kalendar musim baharu 2021/2022 yang diumumkan pada Rabu.

Inter menamatkan penguasaan sembilan tahun berturuttu­rut Juventus di singgahsan­a liga apabila menjulang kejuaraan liga yang pertama kelab sejak 2010.

Mereka dibimbing oleh Antonio Conte musim lepas tetapi musim baharu ini, akan dibimbing oleh bekas jurulatih Lazio, Simone Inzaghi.

Naib juara, AC Milan, juga akan menentang kelab dari Genoa apabila bertandang ke Sampdoria, sementara pasukan di tangga ketiga, Atalanta, akan berkunjung ke Torino, yang berjaya mengelak penyingkir­an pada musim lepas.

Pertembung­an berjiran dua kelab Milan, Inter dan AC Milan, akan berlangsun­g pada 7 November dengan perlawanan kedua berlangsun­g pada 6 Februari.

Juventus, yang menduduki slot kelayakan ke Liga JuaraJuara pada hari terakhir liga musim lepas, bertandang ke Udinese untuk perlawanan pembukaan dengan pasukan kembali dibimbing oleh Massimilia­no Allegri selepas memecah Andrea Pirlo.

Allegri, 53, membimbing Juventus memenangi liga kejuaraan liga berturut-turut dan kejuaraan berganda bersama Piala Itali sebanyak empat kali sebelum dipecat dua tahun yang lalu.

Penampilan sulung Jose Mourinho sebagai jurulatih AS Roma akan bermula di Fiorentina sementara jurulatih baharu Napoli, Luciano Spalletti berdepan pendatang baharu liga, Venezia, pasukan yang beliau bimbing dua dekad yang lalu.

Mourinho kembali ke Itali, di mana beliau membimbing Inter Milan memenangi tiga kejuaraan – Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara pada 2010.

Roma akan menentang Inter pada 5 Disember dengan perlawanan kedua di San Siro pada 24 April.

Inter dan Juventus akan bertemu buat kali pertama liga pada 2 4 Oktober di San Siro dengan perlawanan kedua di Turin pada 3 April.

Perlawanan berjiran pertama di antara Lazio dan Roma akan berlangsun­g pada 26 September.

Bekas jurulatih Roma, Sampdoria dan Cagliari, Eusebio Di Francesco, akan membuat penampilan sulung bersama Hellas Verona di mana pasukannya akan menentang bekas kelab, Sassuolo.

Pendatang baharu Serie A, Salernitan­a, yang kembali ke Serie A buat kali pertama sejak musim 1998/1999, berkunjung ke Bologna untuk perlawanan pertama mereka.

Musim baharu Serie A akan mengguna pakai model digunakan oleh Liga Perdana, La Liga dan Ligue 1 dengan penjaduala­n tidak semetri, di mana separuh kedua musim tidak berdasarka­n separuh pertama tetapi disusun dengan cara berbesa.

Perlawanan terakhir Inter ialah di Sampdoria pada 22 Mei sementara perlawanan terakhir Juventus ialah di Fiorentina dan Milan di Sassuolo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia