Utusan Borneo (Sarawak)

PSG beli Donnarumma dari AC Milan

-

PARIS: Paris Saint Germain (PSG), pada Rabu berkata bahawa mereka melengkapk­an pembelian penjaga gol antarabang­sa Itali, Gianluigi Donnarumma untuk kontrak lima tahun.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang menyelamat­kan dua penalti di final Euro 2020 dan dinamakan pemain terbaik kejohanan, berlepas ke Perancis dengan tanpa yuran perpindaha­n dari kelab AC Milan.

Donnarumma akan bersaing dengan penjaga gol berpengala­man, Keylor Navas untuk memburu tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Saya berasa gembira untuk menjadi sebahagian dari kelab besar ini,” kata Donnarumma dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh PSG.

“Saya sudah bersedia untuk mengambil cabaran baharu ini dan untuk terus berkembang di sini.

“Bersama PSG, saya mahu memenangi seberapa banyak yang saya mampu dan membawa kegembiraa­n kepada penyokong.”

Sepanjang enam musim di Milan, pemain kelahiran Naples itu membuat 215 penampilan dalam Serie A, termasuk 16 perlawanan dalam Liga Europa dan 12 dalam Piala Itali (termasuk di final pad 2016 dan 2018).

“Saya berasa sudah bersedia untuk mengambil cabaran baharu ini dan terus berkembang di sini.

“Bersama PSG, saya mahu menang seberapa banyak yang mampu dan untuk membawa kegembiraa­n kepada penyokong.”

Sepanjang enam musim di Milan, pemain kelahiran Naples itu membuat 215 penampilan dalam Serie A, selain 16 penampilan dalam Liga Europa dan 12 dalam Piala Itali, termasuk final pada 2016 dan 2018.

Beliau adalah pemain ketiga yang berpindah ke PSG tanpa yuran perpindaha­n selepas tamat kontrak di kelab asal mereka, sama seperti Sergio Ramos dari Real Madrid dan Georginio Wijnaldum dari Liverpool.

Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino, kan memiliki banyak pilihan di antara dua penjaga gol berpengala­man ketika beliau cuba untuk membimbing kelab memenangi kejuaraan yang menjadi buruan utama kelab sehingga kini, Liga Juara-Juara.

Navas, 34, menyertai PSG dua tahun yang lalu dari Real Madrid, di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturuttu­rut tetapi Donnarumma baharu berusia 22 tahun dan juga baharu membantu Itali memenangi Euro 2020.

Menggilirk­an tugas di pintu gol adalah sesuatu yang pernah dicuba PSG sebelum ini tetapi kurang berjaya sepenuhnya. Dalam beberapa musim yang lalu, mereka sering menggilirk­an tugas di antara Salvatore Sirigu, Kevin Trapp, Alphonse Areola dan bintang legenda dari Itali Gianluigi Buffon.

Areola, dijangka akan kembali ke PSG musim ini selepas kontrak pinjaman satu tahun di Fulham.

Navas menyerlah ketika PSG beraksi dalam Liga Juara-Juara pada dua musim terakhir dan juga ketika tewas kepada Bayern Munich di suku akhir sebelum tewas di separuh akhir kepada Manchester City.

Ketika Navas beraksi cemerlang, beliau kelihatan tidak tenang bermain di hadapan barisan pertahanan yang kurang menyerlah.

Beliau pastinya gembira melihat bekas rakan di Real Madrid, Ramos. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JADI REBUTAN: Donnarumma (tengah) meraikan kejayaan pasukannya memenangi Euro 2020 dengan menewaskan England melalui penentuan tendangan penalti di Stadium Wembley di London.
— Gambar AFP JADI REBUTAN: Donnarumma (tengah) meraikan kejayaan pasukannya memenangi Euro 2020 dengan menewaskan England melalui penentuan tendangan penalti di Stadium Wembley di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia