Utusan Borneo (Sarawak)

Benitez akui dapat sokongan padu dari penyokong Everton

-

LONDON: Rafael Benitez menegaskan beliau mendapat sokongan dari penyokong Everton walaupun menerima kesan dari pelantikan kontrovers­i sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Sebelum kehadiran Benitez ke Goodison Park bulan lepas, penyokong Everton memberi amaran kepada bekas pengurus Liverpool itu untuk tidak menandatan­gani kontrak di kelab dengan menggantun­g kain rentang berhampira­n dengan kediamanny­a.

Tetapi insiden itu, yang disiasat oleh Polis Merseyside, tidak menghalang Everton untuk mendapatka­n khidmat Benitez untuk menggantik­an Carlo Ancelotti.

“Sejujurnya, penyokong Everton di kawasan kediaman saya berasa agak gembira dan mereka sangat memberikan sokongan. Malah penyokong Liverpool juga menerimany­a sebagai satu peluang untuk saya kembali ke Liga Perdana. Ia agak bagus,” kata Benitez kepada wartawan pada Rabu.

“Bercakap tentang kain rentak, kita boleh bercakap tentang seorang atau dua orang. Anda tidak tahu. Ia lebih baik untuk berfikir perkara positif, bagaimana ramai orang memberikan galakkan kepada saya untuk melakukan yang terbaik. Saya berasa gembira dengan situasi ini.”

Benitez adalah pengurus legenda Liverpool selepas membimbing kelab memenangi Liga Juara-Juara pada 2005.

Beliau juga membangkit­kan kemarahan penyokong Everton ketika menjadi pengurus Liverpool apabila merujuk kelab Everton sebagai “kelab kecil” selepas seri tanpa jaringan pada 2007.

Benitez mendakwa bahawa ia hanya merujuk kepada taktik bermain secara bertahan Everton berbanding sejarah kelab.

“Ia sudah lama. Anda bersaing untuk kelab anda dan itulah apa yang akan saya lakukan sekarang,” kata Benitez.

“Jika anda pengurus, anda harus mempertaha­nkan kelab anda dalam apa jua konteks. Dalam kes ini, saya akan berusaha untuk Everton.

“Saya akan mencuba sebaik mungkin dalam setiap perlawanan. Saya akan cuba bersaing dengan sesiapa pun. Saya benar-benar gembira kelab ini semakin besar dan saya gembira dengan idea bahawa kami boleh mencabar dan bersaing. Saya akan bersaing untuk kelab ini.”

Benitez meninggalk­an Liverpool pada 2010 dan sudah membimbing lima kelab lain sejak itu.

Beliau mengekalka­n pertalian kukuh dengan bandar raya Liverpool di mana kediaman keluargany­a masih di kawasan ini.

“Saya mempunyai perhubunga­n yang baik dengan bandar raya ini, menyokong banyak badan amal dan mempunyai rakan-rakan di keduadua pihak, saya benar-benar gembira dan bangga untuk berada di sini,” kata beliau. — AFP

 ??  ?? BENITEZ
BENITEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia