Utusan Borneo (Sarawak)

PEMBURUAN LIMA TAHUN BERAKHIR

Individu yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh Bill Kayong akhirnya ditangkap dan dibawa pulang ke Miri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seorang individu dikehendak­i yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bill Kayong lima tahun lepas berjaya ditahan polis dan dibawa pulang ke Miri, semalam.

Kong Sien Ming dibawa pulang dari Kuala Lumpur menggunaka­n pesawat Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Miri kira-kira jam 2 petang.

Dia kemudianny­a dieskot dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan terbabit.

“Ini merupakan tangkapan terbaharu kes bunuh Bill Kayong yang berlaku pada tahun 2016.

“Pada Selasa lalu, jam lebih kurang 2.30 petang, (Kong) telah ditangkap dengan bantuan pihak JSJ IPD KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur).

“Majistret Sepang telah lulus reman selama tujuh hari sehingga 19 Julai,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Aidi menambah, Kong akan disoal siasat lanjut terhadap penglibata­nnya dalam kes tersebut dan kes akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (PPN) Sarawak untuk arahan selanjutny­a.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, Kong dipercayai bersembuny­i di China selama ini sebelum pihak berkuasa di sana menahannya dan dihantar pulang ke Malaysia kerana pasportnya yang telah tamat tempoh.

Kong dinamakan sebagai salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Bill, yang ditembak mati di dalam keretanya pada 21 Jun 2016 ketika berhenti di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Kuala Baram Bypass.

Berikutan kejadian itu, sebanyak empat individu telah ditahan secara berasingan di pelbagai lokasi termasuk Mohamad Fitri Pauzi yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2018.

Namun demikian, tiga lagi individu iaitu Lie Chang Loon, Chin Wui Chung dan Datuk Stephen Lee kemudian dibebaskan daripada tuduhan mengupah Mohamad Fitri atas pembunuhan itu, manakala Kong melarikan diri daripada polis.

 ??  ?? TUMPAS JUA AKHIRNYA: Kong (tengah) yang menjadi buruan polis selama lima tahun berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri, semalam.
TUMPAS JUA AKHIRNYA: Kong (tengah) yang menjadi buruan polis selama lima tahun berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia