Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kluster baharu libatkan tiga rumah panjang

Ia libatkan sebuah rumah panjang di Bukit Tinggi, Meradong dan dua lagi di Lempaong Spak, Betong

- Oleh Rusnan Mustafa

“Kluster Bukit Tinggi, Meradong dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang terletak di Bukit Tinggi, Ulu Strass di Meradong.

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytih­arkan dua kluster baharu melibatkan komuniti di Meradong dan Betong semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua kluster itu adalah Kluster Bukit Tinggi di Meradong dan Kluster Lempaong di Betong.

“Kluster Bukit Tinggi, Meradong dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang terletak di Bukit Tinggi, Ulu Strass di Meradong.

“Seramai 29 orang disaring yang mana 21 individu didapati positif COVID19 termasuk kes indeks,” katanya dalam kenyataan semalam.

Manakala enam individu didapati negatif dan dua individu masih menunggu keputusan.

Tambahnya, jumlah itu juga termasuk 19 kes baharu dilaporkan semalam yang mana kesemua individu telah ditempatka­n di Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei.

Kluster Lempaong, Betong pula JPBNS memaklumka­n ia dikesan menerusi saringan bersasar melibatkan penduduk dua rumah panjang yang terletak di Lempaong Spak di Betong.

“Seramai 55 orang telah disaring yang mana 31 individu didapati positif COVID19 termasuk kes indeks, 23 individu didapati negatif dan seorang individu menunggu keputusan.

“Jumlah itu termasuk 21 kes baharu dilaporkan pada hari ini (semalam) di mana kesemua mereka terbabit telah ditempatka­n di Hospital Betong dan PKRC di Betong,” ujarnya.

Dalam pada itu, jawatankua­sa itu memberitah­u, empat kluster tamat semalam iaitu Kluster Nanga Meruan di Selangau, Kluster Jalan Ilmu di Miri, Kluster Jalan Kidurong Empat di Bintulu dan Kluster Kampung Sungai Agas di Kuching.

Jelasnya, ia berikutan tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan empat kluster tersebut.

Sementara itu, katanya lagi, sebanyak 96 kluster masih aktif di Sarawak yang mana 83 daripadany­a tidak merekodkan penambahan kes manakala 13 kluster merekodkan penambahan 95 kes baharu.

Kenyataan JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia