Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemuda lupus motosikal curi dipenjara tujuh bulan

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara tujuh bulan terhadap dua pemuda yang mengaku bersalah atas pertuduhan melupuskan motosikal curi.

Ngu Hieng Hui, 24, dan Chin kah Hin, 28, diperintah oleh Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama melupuskan harta curi iaitu sebuah motosikal di sebuah rumah Pulau Kerto pada 10 Julai 2021, kira-kira jam 1.10 petang.

Untuk pertuduhan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tujuh tahun dan juga denda.

Berdasarka­n fakta kes, pada 4 Julai 2021, kira-kira jam 6.30 pagi, pengadu mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di hadapan pejabat sebuah syarikat Jalan Pahlawan telah hilang.

Pada 10 Julai 2021, kirakira jam 10.50 pagi, pihak polis telah menahan seorang lelaki iaitu Ngu kerana dipercayai terlibat mencuri motosikal tersebut di Jalan Pahlawan.

Pada hari sama kira-kira jam 11.15 pagi, pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki iaitu Chin di Jalan Oya Lama kerana disyaki terlibat sama.

Dengan dipandu arah oleh Chin, pihak polis telah dibawa ke sebuah rumah tidak bernombor di Pulau Kerto dan menjumpai sebuah motosikal.

Dalam pada itu, Ngu turut dikenakan denda RM600 atau sebulan penjara kerana gagal menunjukka­n kad pengenalan diri ketika diminta oleh pihak polis.

Ngu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Julai 2021, kira-kira jam 10.50 pagi di sebuah bilik Jalan Pahlawan 7D.

Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia