Utusan Borneo (Sarawak)

Kebenaran makan di dalam kedai disambut baik pemandu e-hailing

-

SIBU: Pemandu e-hailing, Ngu Wu Pou gembira kerana ‘dine-in’ telah dibenarkan di kedai-kedai makan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kelmarin mengumumka­n kebenaran itu berkuat kuasa mulai semalam.

Menurut beliau, keadaan amat sukar sebelum ini kerana sifat pekerjaann­ya yang tidak kekal memaksanya untuk mencari tempat makan.

“Sebaik pengumuman itu, perkara pertama yang saya lakukan ialah pergi ke kedai kopi kegemaran saya yang menyediaka­n laksa pada jam 6 lagi tadi (semalam), namun kedai itu belum bersedia untuk menyediaka­n makanan dan hanya membenarka­n saya duduk di meja kerana saya adalah pelanggan tetap mereka,” katanya semalam.

Beliau berpendapa­t, makan di luar kini adalah selamat untuknya yang telah menerima dos kedua pada 21 Jun lalu.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu Tong Ing Kok berkata, tidak semua kedai kopi dibuka sepenuhnya untuk membenarka­n pelanggan makan di dalam kedai dan hanya menyediaka­n makanan untuk bawa pulang.

Bagi pemilik kedai makan yang membenarka­n ‘dine-in’ beliau menasihatk­an agar mematuhi garis panduan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh JPBNS.

“Saya menasihatk­an operator kedai makan untuk mematuhi SOP jika mereka sudah mula membenarka­n ‘dine-in di kedai mereka.

“Kerajaan telah menyediaka­n SOP dan adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk mematuhi garis panduan itu demi mengelakka­n penularan COVID-19,” tegasnya.

Mengenai syarat terbaharu iaitu hanya pekerja yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos dibenarkan bekerja, beliau berharap pihak penguat kuasa SOP akan lebih memahami mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

“Terdapat pekerja berumur di bawah 18 tahun terutama anakanak pengusaha yang membantu ibu bapa mereka.

“Peringkat umur ini belum layak mendapat vaksinasi, saya harap pihak penguat kuasa akan menambah baik tentang perkara ini,” katanya lagi.

Mengikut SOP terkini dalam sektor penyediaan makanan dan minuman makan malam, hanya pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dibenarkan bekerja, manakala kapasiti pekerja dihadkan kepada 50 peratus.

 ??  ?? PATUH: Pelanggan kembali makan dalam premis kedai makan dengan mematuhi SOP terbaharu.
PATUH: Pelanggan kembali makan dalam premis kedai makan dengan mematuhi SOP terbaharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia