Utusan Borneo (Sarawak)

231 penduduk tiga kampung di Dalat terima surat hak milik tanah Sekyen 18

-

MUKAH: Seramai 231 penduduk dari tiga kampung di Dalat menerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN), semalam.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia adalah bagi geran tanah tradisiona­l dan penerima adalah dari Kampung Brunei, Kampung Baru dan Kampung Seberang.

“Kini tanah diduduki oleh semua penerima telah diiktiraf oleh kerajaan,” katanya pada majlis penyerahan di Kampung Brunei, Dalat pagi semalam.

Menurutnya, semua proses pelaksanaa­n adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran dan geran diterima tidak mempunyai tarikh luput.

Fatimah berkata, penyerahan geran tersebut juga merupakan satu kemudahan kepada penerimany­a.

“Antaranya adalah tiada lagi pertikaian mengenai hak milik tanah dan boleh didirikan rumah di atas tanah tersebut,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, ia juga boleh digunakan bagi pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina atau menaik taraf rumah.

Fatimah mewakili semua penerima amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pengiktira­fan tersebut.

“Sebelum ini, terdapat kampung-kampung lain turut mendapat pengiktira­fan iaitu Kampung Senau, Terus, Teh, Balan, Bakong dan Kampung Boom,” tambahnya.

Menurutnya, kampung yang bakal menyusul untuk mendapatka­n pengiktira­fan sama adalah Kampung Sungai Kut Muara.

Seramai 20 penerima hadir pada majlis itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (empat kanan) bersama sebahagian penerima surat hak milik tanah tradisiona­l di Dalat semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah (empat kanan) bersama sebahagian penerima surat hak milik tanah tradisiona­l di Dalat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia