Utusan Borneo (Sarawak)

Ia amat membantu masyarakat dari segi kos, masa dan tenaga

-

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jepak, semalam.

Beliau diberikan taklimat ringkas berhubung keadaan di PPV tersebut dan situasi penerima yang terdiri daripada penduduk kampung dan rumah panjang yang mendapatka­n suntikan vaksin di situ.

Sejak PPV tersebut dibuka pada awal Jun hingga semalam, lebih 4,500 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV tersebut.

Mengiringi Talib dalam lawatan singkat itu ialah pegawai-pegawai perubatan

Klinik Kesihatan Jepak, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jepak Hai’adz Waslie, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum.

KUCHING: Penduduk di kawasan Rantau Limau, Ensiring dan Entaih mengucapka­n terima kasih dan menghargai usaha kerajaan pusat dan negeri mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak yang menyasarka­n masyarakat pedalaman Julau.

Guru Besar SK Nanga Jambu, Wilson Lau, 53, ketika ditemui menyatakan penghargaa­n kepada kerajaan dan petugas barisan hadapan atas inisiatif menjadikan SK Nanga Jambu sebagai PPV Bergerak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah berlangsun­g pada 14 Julai lalu.

“Dengan adanya PPV bergerak ini, ia amat membantu masyarakat setempat dari kawasan Rantau Limau, Entaih dan Ensiring untuk hadir menerima vaksin COVID-19.

“Ia menjimatka­n kos pengangkut­an dan tenaga penduduk kerana perjalanan ke pusat bandar terdekat mengambil masa selama sekurangku­rangnya tiga jam dengan keadaan jalan yang tidak sempurna,” ujar beliau.

Sementara itu, salah seorang penerima vaksin, Aga Rauh, 64, berasal dari Rh Kiroh, Rantau Limau menzahirka­n rasa syukur dan lega selepas menerima dos

Ia menjimatka­n kos pengangkut­an dan tenaga penduduk kerana perjalanan ke pusat bandar terdekat mengambil masa selama sekurang-kurangnya tiga jam dengan keadaan jalan yang tidak

” sempurna.

Wilson Lau

Guru Besar SK Nanga Jambu

pertama beliau.

“Pada mulanya, saya agak risau dengan kesan sampingan vaksin, namun setelah saya sendiri divaksin, ternyata ia selamat untuk semua.

“Mohon semua penduduk agar tidak mempercaya­i berita palsu yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab,” ujarnya.

Ngong Baki, 75, dan Simon Ak Jentau, 51, kedua-duanya berasal dari Rh Jepun, Rantau Panjai Masit, turut berkongsi pendapat dan mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan serta semua petugas terlibat dalam menjayakan PPV Bergerak kali ini.

Dalam pada itu, tinjauan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Julau mendapati program berjalan lancar melibatkan petugas dari Jabatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sarikei, Pejabat Daerah Julau, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Sarikei, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Meradong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan RELA Julau.

Vaksinasi dos kedua akan diberi pada 4 Ogos 2021 di PPV yang sama.

 ?? — Gambar JAPEN Julau ?? USAHA BERSAMA: Petugas PICK bersama Guru Besar SK Nanga Jambu, Wilson Lau (duduk, tengah) merakamkan kenangan.
— Gambar JAPEN Julau USAHA BERSAMA: Petugas PICK bersama Guru Besar SK Nanga Jambu, Wilson Lau (duduk, tengah) merakamkan kenangan.
 ??  ?? PERKEMBANG­AN: Talib (dua kiri) diberi penerangan mengenai perkembang­an pemberian vaksin di PPV Klinik Kesihatan Jepak, semalam.
PERKEMBANG­AN: Talib (dua kiri) diberi penerangan mengenai perkembang­an pemberian vaksin di PPV Klinik Kesihatan Jepak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia