Utusan Borneo (Sarawak)

2,001 pemain industri pelanconga­n terima suntikan dos kedua vaksin

-

KUCHING: Seramai 2,001 pemain industri pelanconga­n menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 yang dijadual bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Proses pemberian vaksin dijalankan pusat vaksinasi pertama bagi sektor pelanconga­n di Persatuan GerejaGere­ja Sarawak (ASC) di Jalan Stampin di sini.

Ia merupakan inisiatif Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Budaya Sarawak (MTAC) dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Perubatan Timberland.

MTAC dalam kenyataan berkata, dos pertama telah berjaya dijalankan daripada 24 hingga 27 Jun lalu di tempat yang sama.

Seramai 317 pemain industri pelanconga­n telah menerima suntikan dos kedua pada 15 Julai dengan bakinya dijangka akan melengkapk­an vaksinasi mereka sehingga 18 Julai ini.

“Program vaksinasi industri bagi sektor pelanconga­n diselarask­an menerusi ProtectHea­lth Corporatio­n (PHC) selepas mendapat kelulusan daripada Pasukan Petugas Imuninasi COVID19 Negeri (CITF).

“Di bawah program ini, sektor swasta dikehendak­i untuk bersedia dan membiayai sendiri pasukan perubatan mereka dan pusat vaksinasi, manakala vaksin disediakan secara percuma kepada mereka oleh kerajaan,” katanya.

Tambah MTAC, program ini sangat penting untuk memastikan pemain industri pelanconga­n divaksin sebagai persediaan untuk kedatangan semula pelawat selepas Sarawak mencapai imuniti kelompok 80 peratus Ogos ini.

MTAC turut mengharapk­an pembukaan beberapa destinasi pelanconga­n utama di Sarawak dan menganjurk­an acara perniagaan sebelum hujung tahun ini diikuti pembukaan sempadan kepada pelawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia