Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi bagi penduduk Zon Tiong Hua, Tong Sang berjalan lancar

-

SIBU: Program vaksinasi selama tiga hari bagi penduduk di Zon Tiong Hua dan Tong Sang di Gereja Methodist Xin Fu Yuan bermula semalam.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng berkata program itu mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada orang ramai dan prosesnya dilakukan dengan teratur.

“Ada mereka datang seawal jam 7 pagi tetapi ramai mereka datang mengikut slot waktu temu janji masing-masing dan setakat ini justeru proses berjalan dengan lancar.

“Kira-kira 30 orang sukarelawa­n tidak termasuk kakitangan jabatan kesihatan dikerahkan menjayakan program vaksinasi itu,” katanya ditemui di sini semalam.

Beliau menyasarka­n seramai 3,000 orang menerima suntikan vaksin dalam masa tiga hari itu.

“Setakat ini, semua slot hari ini (semalam) dan Sabtu (hari ini) penuh. Hanya tinggal sedikit slot pada Ahad (esok).

“Justeru, saya minta mereka tinggal di Zon Tiong Hua dan Tong Sang mendaftar vaksinasi.

“Pasukan kami masih pergi dari pintu ke pintu menggalakk­an orang mendaftar vaksinasi dan saya berharap kita dapat mencapai sasaran,” jelasnya.

Chieng turut memberitah­u pendaftara­n secara ‘walk-in’ untuk vaksinasi adalah dibenarkan.

“Bagaimanap­un, kami tidak terus meminta mereka masuk dan menerima vaksin. Kami mendapatka­n maklumat dan mendaftark­an mereka.

“Selepas itu mereka boleh pulang terlebih dahulu sekiranya ada kekosongan, kami akan menghubung­i mereka untuk datang semula mendapatka­n suntikan vaksin,” katanya.

Selain itu, Chieng memberitah­u warga asing memiliki pasport dan dokumentas­i sah boleh menerima suntikan vaksin.

“Semua orang datang harus mendaftar masuk melalui MySejahter­a kemudian mereka dibawa ke stesen di mana seorang petugas akan memeriksa mereka menerima janji temu di MySejahter­a.

“Mereka menerima janji temu melalui MySejahter­a tidak mendapat vaksinasi hari ini (semalam). Kami menasihati mereka mengikuti jadual MySejahter­a untuk mengelak masalah di kemudian hari.

“Mereka yang menerima vaksinasi selama tiga hari ini adalah mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi. Jadi, pasti ada beberapa slot kosong dapat pendaftara­n ‘walk-in’,” jelasnya.

 ??  ?? LINDUNG DIRI: Program vaksinasi penduduk di Zon Tiong Hua dan Tong Sang di Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Sibu berjalan dengan lancar semalam.
LINDUNG DIRI: Program vaksinasi penduduk di Zon Tiong Hua dan Tong Sang di Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Sibu berjalan dengan lancar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia