Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha patuhi, sambut baik SOP makan dalam kedai

Syarat dos pertama vaksin bagi operator, kakitangan dilihat adil untuk mewujudkan persekitar­an yang lebih selamat

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pelaksanaa­n garis panduan (SOP) yang ditetapkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi sektor makanan yang mewajibkan operator dan kakitangan divaksin sekurang-kurangnya satu dos mendapat sambutan baik dari kalangan pengusaha kedai makanan di sekitar bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Borneo pada hari pertama pelaksanaa­n SOP tersebut semalam mendapati pemilik restoran dan premis makanan akur dan mematuhi SOP yang ditetapkan itu.

Malah, terdapat premis makanan sudah membenarka­n pelanggan untuk makan di kedai mereka, namun ada juga pengusaha kedai makanan belum berbuat demikian.

Pemilik Restoran King Laksa, Nur Alya Mona Jikim, 37, berkata, SOP yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu adil untuk pengusaha dan pelanggan dalam mewujudkan persekitar­an yang lebih selamat daripada penularan COVID-19.

“SOP yang dikeluarka­n kerajaan sekarang adalah adil kerana sekurang-kurangnya ekonomi dapat berjalan dengan lancar, adil untuk semua sektor perniagaan, SOP ini memang sangat bagus,” katanya ketika ditemui di restoranny­a di sini, semalam.

Malah katanya, mengenakan syarat untuk semua pekerja sektor tersebut mengambil suntikan dos pertama vaksin terlebih dahulu sebelum dibenarkan turun bekerja adalah langkah tepat.

“Sekiranya tidak, ia boleh memberi impak yang sangat tidak bagus dengan apa yang

SOP yang dikeluarka­n kerajaan sekarang adalah adil kerana sekurangku­rangnya ekonomi dapat berjalan dengan lancar, adil untuk semua sektor perniagaan, SOP ini memang sangat

” bagus.

Nur Alya Mona Jikim

Pemilik Restoran King Laksa

kerajaan buat sekarang,” tambah Nur Alya.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat Sarawak terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengurangk­an kes jangkitan COVID-19 di negeri ini.

“Harapan saya untuk semua terutamany­a Sarawak agar kes dapat dikurangka­n, semoga semua rakyat mematuhi segala SOP yang disarankan oleh kerajaan sekali gus akan memudahkan kita untuk meningkatk­an lagi ekonomi negeri dan negara kita.

“Jadi, ini sedikit sebanyak membantu negeri kita untuk pulih seperti sedia kala.

“Untuk semua rakyat tolong patuhi SOP kerana apabila kita semua mematuhi SOP ia akan memudahkan segala urusan kakitangan kerajaan dan petugas barisan hadapan. Kita kena jaga diri kita supaya semua orang selamat,” ujarnya.

Dalam perkembang­an sama, seorang pekerja Restoran King Laksa, Muhammad Nurshahima­n@ Remin Jocky Abas, 25, berkata, SOP hanya membenarka­n kakitangan yang telah divaksin dos pertama untuk premis makanan menyediaka­n perkhidmat­an makan di dalam kedai atau ‘dine in’ adalah langkah yang baik.

“Vaksin untuk setiap staf ataupun pekerja restoran seperti kami amat menggalakk­an dan harapan saya pelanggan kedai ini mematuhi SOP, kita jaga kita, kami beri layanan yang terbaik,” jelasnya.

Menurut seorang pelanggan Raydilla Kong Kumbau, 26, SOP yang dikuatkuas­akan itu dapat mencegah penularan COVID-19 melibatkan premis makanan.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati, sebab itu kita perlu lebih berjagajag­a. Apabila pekerja telah divaksin, maka ia lebih baik supaya semua orang berjaga-jaga daripada penyakit COVID-19,” katanya.

Mengenai pengalaman pertamanya­makandiked­aiselepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Raydilla berkata, ia memudahkan orang ramai khasnya pekerja menikmati makanan ketika waktu rehat.

“Untuk pengalaman saya kali pertama makan di kedai hari ini (semalam), saya rasa ia satu kemudahan kepada saya dari makan dalam kereta sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Restoran Warong Nusantara di Icom Square, Shapuan Pandi, 35, berkata, pihaknya belum membenarka­n pelanggan makan di dalam kedai kerana terdapat pekerja mereka belum menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Jelasnya, kemungkina­n restoran itu akan memulakan operasi ‘dine-in’ hari ini dengan mematuhi SOP sektor makanan yang ditetapkan.

“Kemungkina­n esok (hari ini) kita akan buat ‘dine-in’ dengankapa­sitipelang­gantidak melebihi 100 orang dan pastikan penjarakan satu meter.

“Operasi akan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam yang mana SOP seperti biasa untuk satu meja terhad untuk dua orang dengan penjarakan satu meter.

“Pekerja yang bekerja pula, kami akan memastikan mereka sudah terima vaksin yang pertama dengan harapan pelanggan tidak risau, kita akan menjaga SOP yang sepatutnya dilakukan,” tegasnya.

 ??  ?? PATUH: Pelanggan kini menikmati juadah mereka di kedai makanan dengan keadaan norma baharu.
PATUH: Pelanggan kini menikmati juadah mereka di kedai makanan dengan keadaan norma baharu.
 ??  ?? MENARIKDIS­INI:NurAlyamen­unjukkanhi­danganlaks­aistimewa restoran itu. Turut kelihatan sijil vaksinasi Nor Alya.
MENARIKDIS­INI:NurAlyamen­unjukkanhi­danganlaks­aistimewa restoran itu. Turut kelihatan sijil vaksinasi Nor Alya.
 ??  ?? SUDAH VAKSIN: Nurshahima­n menunjukka­n sijil vaksinasi dos pertama miliknya.
SUDAH VAKSIN: Nurshahima­n menunjukka­n sijil vaksinasi dos pertama miliknya.
 ??  ?? SEDAP: Raydilla gembira dapat menikmati laksa kegemarann­ya di kedai makan.
SEDAP: Raydilla gembira dapat menikmati laksa kegemarann­ya di kedai makan.
 ??  ?? BELUM BOLEH: Shapuan memaklumka­n pihaknya belum membenarka­n pelanggan makan di kedai.
BELUM BOLEH: Shapuan memaklumka­n pihaknya belum membenarka­n pelanggan makan di kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia