Utusan Borneo (Sarawak)

Gelagat Iron Man hiburkan petugas, penerima vaksin di PPV Kozi Square

-

KUCHING: Gelagat Iron Man, watak adiwira yang tampil mendapatka­n vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kozi Square di sini, mencuri perhatian penerima vaksin lain.

Si pemakai kostum, Mohd Syah Nizam Rajap, 32, tiba di PPV berkenaan sekitar jam 11.15 pagi semalam bagi mendapatka­n dos keduanya selepas tiga minggu dos pertama.

Bukan itu sahaja, pada dos pertamanya, Mohd Syah menggunaka­n kostum adiwira Spider-Man ke PPV berkenaan.

“Pada kali pertama, saya datang menggunaka­n kostum Spider-Man, saya melihat ia mendapat sambutan yang baik daripada mereka yang berada di pusat pemberian vaksin dan mereka gembira melihat kelainan yang ditampilka­n.

“Tujuan saya menggunaka­n kostum adiwira adalah untuk menghiburk­an mereka yang di sekeliling terutama kepada petugas di PPV, sekurang-kurangnya mereka gembira dan tidak tertekan dengan tugasan sepanjang hari,” katanya ketika ditemui di PPV Kozi Square di sini, semalam.

Katanya dia amat gembira kerana mampu menghiburk­an mereka yang datang di mana ada yang bersorak sebaik sahaja dia tiba di PPV kerana melihat kelainan kostum yang ditampilka­n.

“Saya melakukan ini dengan ikhlas. Saya ingin melihat semua gembira dan ceria.

“Pada masa yang sama mungkin apa yang saya lakukan ini mendorong orang ramai mendapatka­n vaksin bagi yang belum mendapatka­nnya,” katanya yang merupakan kakitangan di Tabung Baitumal.

Menceritak­an tentang kostum adiwira yang dimilikiny­a, sehingga kini dia mempunyai beberapa kostum adiwira antaranya Spider-Man, Iron Man, Bumblebee, dan Deadpool.

Katanya, kesemua kostum yang dimilikiny­a dibeli dan dia mempunyai pasukan yang mempunyai minat yang sama.

Mohd Syah berkata, sebelum wabak COVID-19 melanda, mereka sering kali menerima jemputan ke majlis-majlis khasnya hari jadi untuk membuat penampilan.

“Saya memang minat adiwira dan merupakan hobi saya, sehingga kini pasukan kami mempunyai 11 orang termasuk maskot lain,” katanya.

 ??  ?? AKSI MENARIK: Mohd Syah memperagak­an aksi adiwira ketika hadir untuk dos kedua vaksin di Kozi Square, semalam.
AKSI MENARIK: Mohd Syah memperagak­an aksi adiwira ketika hadir untuk dos kedua vaksin di Kozi Square, semalam.
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Penerima vaksin lain yang hadir turut tidak ketinggala­n merakam kenangan bersama Iron Man selepas mendapatka­n vaksin.
TIDAK KETINGGALA­N: Penerima vaksin lain yang hadir turut tidak ketinggala­n merakam kenangan bersama Iron Man selepas mendapatka­n vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia