Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka, ILP Miri anjur ceramah virtual 19 Julai ini

-

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri akan menganjurk­an ceramah secara virtual berjudul ‘Peluang Peningkata­n Kemahiran di ILP Miri’ pada 19 Julai.

Pustaka dalam kenyataan medianya memberitah­u, ceramah sebahagian daripada aktiviti bulanan Pustaka untuk komuniti yang akan dikendalik­an Pengarah ILP Miri Mustal Makmud.

Beliau akan menyampaik­an dan berkongsi maklumat berkaitan tawaran latihan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

“Objektif utama program ini adalah untuk membantu para peserta ceramah mengetahui dengan lebih mendalam lagi peluang peningkata­n kemahiran yang ditawarkan oleh ILP bagi mereka yang berminat,” jelas kenyataan itu.

Peserta akan didedahkan peranan, program dan aktiviti di institut tersebut.

Perbincang­an akan merangkumi visi dan misi institut yang selaras dengan hasrat melahirkan tenaga kerja berkemahir­an dan berpengeta­huan tinggi serta berdaya saing bagi merealisas­ikan wawasan negara.

“Masyarakat umum dijemput untuk menyertai sesi ceramah ini secara dalam talian atau virtual yang akan dilakukan melalui semua media sosial rasmi Pustaka,” tambah kenyataan itu.

Peluang latihan di ILP Miri terbuka kepada belia lepasan sekolah serta pekerja industri bagi meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran mereka.

Ceramah akan disiarkan menerusi saluran YouTube rasmi Pustaka (Pustaka Sarawak Channel) dan laman Facebook rasmi (pustaka. sarawak) bermula dari 10 hingga 11 pagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai seranta Pustaka, Muhammad Annwar Adenan (annwar2@ sarawak.gov.my), Suzannah Abdullah (susana@sarawak. gov.my) atau Pustaka di talian 085-422525.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia