Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga mendiang Choo mahu KKM percepatka­n keputusan bedah siasat

-

MIRI: Keluarga mendiang Choo Fui Khian, wanita yang meninggal dunia selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sini pada 26 Jun lalu mahu Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mempercepa­t keputusan bedah siasat.

Kakak mendiang, Chu Siew Tzen berkata, mereka masih bersedih dan tidak dapat menerima hakikat kematian Choo sebaik sahaja menerima vaksin.

Menurut Chu, mendiang, 57, pada hari tersebut dalam keadaan sihat apabila memasuki PPV dan tidak mempunyai tanda-tanda mengalami serangan jantung.

“Kami tidak dapat menerima bahawa mendiang mempunyai tanda-tanda serangan jantung. Jika serangan jantung pun, mendiang dalam keadaan sihat dan normal sebelum menerima vaksin.

“Justeru, kami mahu KKM mengeluark­an keputusan bedah siasat sepenuhnya apa yang berlaku sebenarnya ke atas mendiang,” kata Chu semasa sidang media di pejabat Senator Alan Ling di sini semalam.

Anak perempuan mendiang, Sim Geok Wei pula menekankan KKM tidak wajar melengahka­n keputusan bedah siasat itu memandangk­an ia melibatkan kematian.

“KKM tidak sepatutnya mengambil masa terlalu lama. Kami mahu penjelasan sama ada kematian itu berpunca daripada masalah vaksin atau petugas kesihatan pada masa itu,” katanya.

Sementara itu, Ling berkata, bedah siasat ke atas mendiang sudah dilakukan pada 27 Jun, namun sehingga kini keluarga belum mendapat laporan penuh.

Katanya, siasatan kes itu wajar diberi keutamaan memandangk­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dilaksanak­an dan sebarang persoalan mengenai insiden itu harus dijelaskan.

“Saya sudah mengemukak­an surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 28 Jun untuk mempercepa­t siasatan namun sehingga kini tiada maklum balas,” katanya.

Menurut Ling, kerajaan sebelum ini mengumumka­n bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19 sebanyak RM500,000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini, jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Kesan mudarat itu berlaku dalam tempoh tiga bulan selepas vaksinasi dan mesti dituntut dalam tempoh setahun. “Dalam kes mendiang Choo, waris perlu mengemukak­an laporan bedah siasat.

“Namun bantuan khas ini bukan keutamaan bagi keluarga. Mereka mahu tahu keputusan bedah siasat untuk tindakan seterusnya,” kata Ling.

Beliau menambah akan membawa perkara itu ke sidang Parlimen yang dijadualka­n berlangsun­g pada 3 Ogos depan.

Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dalam kenyataann­ya memberitah­u, penemuan awal prosedur bedah siasat ke atas mendiang mendapati terdapat tanda-tanda serangan jantung berlaku dua atau tiga hari sebelum kematian.

Beliau berkata, laporan bedah siasat juga mendapati tiada tanda-tanda anafilaksi­s akibat pengambila­n vaksin ditemui.

Tambahnya, wanita terbabit mempunyai sejarah komorbid penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mendiang menerima suntikan vaksin pada 26 Jun 2021,jam 9.20 pagi di PPV Hospital Miri.

Ketika dalam pemantauan di Zon Pemerhatia­n selepas divaksinas­i, beliau mengadu loya, kesejukan dan muntah pada jam 9.30 pagi dan beliau segera dirawat di Zon Resusitasi oleh pakar perubatan kecemasan.

Bagaimanap­un menurut Dr Mohamed, keadaan kesihatan wanita terbabit terus merosot dan dipindahka­n ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Miri untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Beliau memberitah­u rawatan kecemasan diberi secara berterusan selama 40 minit, namun wanita berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi.

Dr Mohamed berkata, kes kematian tersebut masih dalam siasatan Hospital Miri dan sedang menunggu keputusan daripada ujian-ujian dijalankan selanjutny­a.

 ??  ?? MOHON DISEGERAKA­N: (Dari kiri) Sim, Chu dan Ling pada sidang media di Miri, semalam.
MOHON DISEGERAKA­N: (Dari kiri) Sim, Chu dan Ling pada sidang media di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia